Social Icons

Saturday 12 November 2016

BENGKEL BAHASA MELAYU 2016

3 November 2016, Program Kecemerlangan Jalinan Bahasa Melayu UPSR 2017 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Universiti Sultan Zainal Abidin. Program ini melibatkan seramai 200 orang murid terdiri daripada tahun 5 dan 4 termasuk guru-guru Bahasa Melayu SK Gong Badak.
Guru pakar dan berpengalaman iaitu Cikgu Rosline binti Abeng telah dijemput sebagai penceramah pada hari tersebut.
Beberapa orang guru dari SK Gong Badak turut menghadiri bengkel tersebut untuk mendengar taklimat mengenai contoh soalan format baru. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kecemerlangan Bahasa Melayu di masa akan datang.
Terima kasih kepada Pengarah Pusat Jalinan Industri dan Masyarakat (PJIM) UniSZA yang sangat membantu dalam menjayakan program ini.