10 Julai 2017, Isnin - Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Pemimpin
Muda telah bekerjasama menganjurkan lawatan ke Kenyir Elephant Conservation
Village. Peserta terdiri daripada 70 orang pemimpin muda tahun 4 dan 5. Pada
jam 9.30 pagi, peserta lawatan telah tiba dan diberi taklimat ringkas oleh
pengurus program. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mendapat pengalaman
menaiki jambatan gantung, bermesra dengan gajah, menaiki gajah, pertunjukkan
gajah dan melihat bagaimana gajah mandi bersama-sama. Peserta dapat menimba
ilmu tentang penjagaan serta pemeliharaan gajah. Semua peserta diberi peluang
untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan gajah. Pada jam 2.00 petang,
bertolak pulang ke SK Gong Badak.