Social Icons

Wednesday 27 April 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

25 April 2016,Isnin - Jawatankuasa Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) yang bermula dari jam 7.30 pagi. Ianya telah disertai oleh guru-guru pengiring, ibubapa dan murid-murid PKI.
Sepanjang aktiviti di YOKUK, peserta telah diberi taklimat oleh kakitangan YOKUK dan diberi peluang melawat di sekitar YOKUK.
Pada jam 3.00petang, murid-murid PKI telah dibawa ke Rantau Panjang bagi melatih mereka kemahiran membeli belah.
Antara objektif lawatan tersebut ialah:
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang kehidupan penghuni YOKUK.
2. Memberi peluang kepada murid untuk beramah mesra di samping mewujudkan budaya hidup bermasyarakat.
3. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.
4. Menanamkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi dan menghargai segala yang dimiliki melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
5. Melahirkan murid yang baik dan pemurah.
Lawatan berjalan dengan lancar dan diharapkan semua murid PKI mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru sepanjang lawatan tersebut.











Saturday 23 April 2016

KARNIVAL MATEMATIK SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

21-23 April 2016, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menunjukkan lagi kehebatan muridnya apabila berjaya muncul Johan Pertandingan Senimatik sempena Karnival Matematik SKK Peringkat Kebangsaan Anjuran Sekolah Kebangsaan Tok Jiring.
Adik Alif Najmi telah muncul antara peserta terbaik dalam Pertandingan Olimpiad Matematik. Karnival yang dijalankan selama tiga hari bermula 21-23 April 2016 telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu.
SK Gong Badak telah menghantar seramai 15 orang peserta untuk 3 pertandingan iaitu Pertandingan Olimpiad, Burumatik dan Senimatik.















MOTIVASI TARGET A

20 April 2016, Rabu - Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia telah mengadakan Ceramah Motivasi yang berkaitan tentang format UPSR 2016 kepada semua calon UPSR.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En Gana dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.



Friday 22 April 2016

KUIZ BAHASA ARAB

21 April 2016, Khamis- Kumpulan penyelidik dari Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah memilih sekumpulan murid SK Gong Badak untuk melaksanakan Kajian Keberkesanan Aplikasi Bahasa Arab yang telah mereka bangunkan.
Murid tahun 5 Ibnu Rushd telah dijadikan sampel "ujilari" laman web berkenaan. Semua murid yang terlibat begitu teruja mengikuti kuiz atas talian tersebut. Menurut Ustaz Yusof, Ketua Pasukan Penyelidik yang membangunkan lawan web ini, sesiapa sahaja boleh menduduki kuiz atas talian ini secara percuma. Ianya sesuai bagi semua tahap penguasaan Bahasa Arab.
Sesi kuiz bersama murid tadi turut dibantu oleh Ustaz Fauzi dan Ustazah Sharizan, Pensyarah Bahasa Arabh UniSZA. Laman yang diberi nama EZArabic itu cukup mesra pengguna dan boleh dicapai melalui www.ezarabic.net.
Semoga ianya dapat memberi manfaat yang sangat berguna kepada semua murid yang terlibat. Disarankan agar semua murid atau sesiapa sahaja turut menggunakan aplikasi ini untuk meningkatkan penguasaan lagi Bahasa Arab.












LAWATAN KE KARNIVAL BUKU TERENGGANU 2016

20 April 2016, Rabu - Jawatankuasa Pemimpin Muda telah menganjurkan lawatan ke Karnival Buku Terengganu yang bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
Seramai 50 orang pemimpin muda yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya telah menyertai lawatan tersebut.
Antara objektif lawatan tersebut ialah:
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan nilai kerjasama dan berpasukan
2. Memupuk amalan suka membaca di kalangan murid
3. Meningkatkan minat murid membaca
Lawatan tersebut telah berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. Semua murid diberi pendedahan dengan pelbagai aktiviti sepanjang karnival tersebut.
Semoga dengan lawatan sebegini dapat meningkatkan lagi minat membaca di kalangan murid-murid Sk Gong Badak.





Saturday 16 April 2016

KEM PENATARAN DAN MOTIVASI CALON UPSR 2016

13 dan 14 April 2016, Jawatankuasa Projek UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Kem Penataran dan Motivasi Calon UPSR 2016 kepada semua murid Tahun 6 Sk Gong Badak dan 12 orang murid tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Kem tersebut telah berjalan selama 2 hari bertempat di Pejabat Felda Wilayah Timur, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu. Pengisian kem tersebut  padat dengan Slot Motivasi dan Slot Teknik Menjawab, yang mana fasilitator yang sangat berpengalaman.
Antara objektif kem tersebut ialah:
1. Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.
2. Membimbing dan menyedarkan ibubapa tentang tanggungjawab mereka membimbing anak-anak mereka semasa di rumah.
3. Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai keterampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.
4. Memberi semangat, kekuatan dan kesedaran kepada emosi pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Kem tersebut berjalan dengan lancar selama dua hari satu malam dan semoga dengan pelaksanaan program ini, sekolah akan dapat merealisasikan segala matlamat dan impian iaitu menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan melahirkan murid yang terbilang.






















    i.
   ii
   iv.