Social Icons

Wednesday 28 December 2016

BENGKEL PROFESIONALISME GURU

28 Disember 2016, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Guru yang bertajuk Memperkasakan Pengajaran (Pdpc) Abad 21 yang telah disampaikan oleh Puan Yusnita binti Md Yunus, Pegawai SISC+ dari Pejabat Pendidikan Dearah Kuala Terengganu. Bengkel tersebut telah bermula pada jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang yang bertempat di Bilik Galeri, SKGB.






MESYUARAT GURU KALI 1/2017

27 Disember 2016, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Mesyuarat Guru kali Pertama bagi tahun 2017. Mesyuarat bermula pada jam 8.30 pagi hingga 2.15 petang yang bertempat di Bilik Galeri, SKGB. Pelbagai agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.



Thursday 1 December 2016

PROGRAM MISI AMAL SEMPENA HARI PUTRI KEBANGSAAN 2016

Program ini telah diadakan di Perkampungan Pribumi Sauk Padi, Bota, Perak. 2 orang ahli Puteri SK Gong Badak telah muncul sebagai Johan Acara Berkumpulan Treasure Hunt iaitu Adik Nur Sarah Asyiqin manakala Adik Eda Belinda muncul sebagai Naib Johan bagi aktiviti yang sama Kategori Sekolah Rendah sempena Misi Amal Putri Peringkat Kebangsaan 2016.



JAMUAN AKHIR TAHUN PEMIMPIN MUDA 2016

21 November 2016, Isnin - Jawatankuasa Pemimpin Muda SK Gong Badak telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bagi semua pemimpin muda yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis telah diadakan di dewan sekolah dan telah disempurnakan oleh Pn Rairahayati binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Antara tujuan majlis ini diadakan adalah memberi penghargaan kepada semua pemimpin muda yang telah menunjukkan komitmen sepanjang menjadi pemimpin muda terutamanya tahun 6. Ianya juga bertujuan memberi semangat kepada pemimpin muda terus menjalankan amanah yang telah diberikan.













MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPSR 2016

17 November 2016, Khamis - Majlis penyerahan slip peperiksaan UPSR bagi tahun 2016 telah diadakan di Dewan SK Gong Badak sekitar jam 10.00 pagi.
Keputusan rasmi UPSR 2016 SK Gong Badak:
Peratus lulus : 79.67
GPS: 2.68
Bilangan 6A : 3 orang
Peratusan 6A : 2.44%
Bilangan calon : 123 orang
















MAJLIS GRADUASI DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016

16 November 2016, Rabu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang 2016  kepada murid tahun 6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas Integrasi yang bertempat di Dewan Al Muktaffi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA).
Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Che Soh bin Muda, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak UniSZA yang menyediakan tempat yang serba indah serta menyelaras tayangan video live sepanjang majlis berlangsung.











KARNIVAL BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah kepada pasukan bola sepak 11 tahun yang mendapat tempat ketiga dalam Karnival Bola Sepak Bawah 11 Tahun Peringkat Kebangsaan.






Saturday 12 November 2016

PERASMIAN MIMBAR BAHASA

26 Oktober 2016, En Azahar bin Abu Bakar, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang telah menyempurnakan Majlis Perasmian Mimbar Bahasa yang merupakan Bilik Kebitaraan Bahasa Melayu SK Gong Badak.
Mimbar Bahasa ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu anjung kluster yang memaparkan aktiviti dan kejayaan sekolah dalam kebitaraan bahasa, Sudut Bakat, Anjung Santai, Anjung Rekreasi, Anjung Ria dan Anjung Bakat.