Social Icons

Sunday 29 June 2014

PENERIMA BANTUAN PAKAIAN SERAGAM PASUKAN BERUNIFORM

30 Jun 2014,Isnin- Seramai 4 orang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menerima Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform (BPS) bagi murid ekasih darjah 4, sesi persekolahan 2014 Negeri Terengganu.
Antara penerima bantuan ini ialah:
1. Ashraff Daniel bin Mohamed (TKRS)
2. Wan NurQistina Balqis (PENGAKAP)
3. Aina Karmila binti Amran (TUNAS PUTERI)
4. Muhammad Sharul Aiman bin Azhar (PENGAKAP)


Saturday 28 June 2014

PERASMIAN PROGRAM BULAN DAKWAH/IHYA' RAMADHAN 2014

29 Jun 2014,Ahad- Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Program Bulan Dakwah/Ihya' Ramadhan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dalam program ini pelbagai aktiviti telah mengimarahkan bulan Ramadhan dan sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT serta menyedarkan diri tentang adanya balasan baik daripada Allah dalam setiap usaha mendekatkan diri kepadaNya.

Antara objektif ialah:-
1. Melatih murid berpuasa dan bersabar di bulan Ramadhan.
2. Membentuk peribadi murid yang baik
3. Memupuk diri setiap murid untuk menjadi generasi yang cintakan Al-Quran dan mengamalkan Sunnah baginda.
4. Memberi peluang kepada para murid mengimarahkan bulan yang mulia ini.
5. Membentuk generasi yang sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan ramadhan iailah Tazkirah, Tadarus Al-Quran, Pertandingan dan Kempen sempena bulan ramadhan.

Ucapan Perasmian oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar Skgb

Gimik perasmian

Dirasmikan ole Puan Guru Besar

MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

26 Jun 2014, Khamis- Tahniah dan Syabas kerana Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8 Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis pengiktirafan SKK Fasa 8 telah selamat disempurnakan oleh YBhg.Dato' Wan Khazanah binti Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (pengurusan) yang bertempat di Dewan Serbaguna Aras 9,E12 Putrajaya.
Sebanyak 104 SKK telah diiktiraf iaitu 19 Sekolah Menengah dan 85 Sekolah Rendah. Tahniah kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Terengganu yang mendapat pengiktirafan SKK Fasa 8,  Sekolah berkenaan adalah sebagaimana berikut:-

1. SMK Dato Haji Razali Ismail, Kuala Terengganu
2. SK Kerteh, Kemaman
3. SK Tok Randok, Hulu Terengganu
4. Sk.Gong Badak,Kuala Terengganu
5. SK IPGM Dato Razali Ismail
6. SK Felda Selasih,Besut.

Tahniah kepada semua sekolah yang mendapat pengiktirafan tersebut. Semoga semua warga SKGB akan berganding bahu dan menyemarakkan lagi perjuangan menjulang keterbilangan pendidikan anak bangsa.












KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 14 SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK BAGI TAHUN 2014

25 dan 26 Jun 2014, Rabu dan Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 14 bagi tahun 2014. Kejohanan tersebut telah bermula pada hari rabu dengan acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 112.30 tengahari.
Acara seterusnya diteruskan pada hari khamis dengan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 14. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pembarisan rumah sukan. Perbarisan diketuai oleh Adik Izzan Hazim bin Hassin dan diikuti oleh pembawa-pembawa bendera.
Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan oleh Adik Izzan Hazim bin Hassin. Acara menaikkan bendera telah dijalankan setelah selesai bacaan ikrar.
Seterusnya, Majlis dirasmikan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Majlis diteruskan lagi dengan acara balapan 50 m, 4X50 m, 80 m, 100 m, 200 m dan 4X200 m dari pelbagai kategori.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pembarisan terbaik, hadiah olahragawan dan Olahragawati, rumah sukan terbaik dan cabutan bertuah.
Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Puan Radina binti Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan berakhir pada jam 1.30 petang.
























MAJLIS PERPISAHAN ANJURAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

19 Jun 2014(Khamis), Jawatankuasa Kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah mengadakan Jamuan Perpisahan Sempena Pembelajaran telah mengadakan Jamuan Perpisahan sempena pertukaran guru. Majlis meraikan YM Syarifah Teh Nadhirah binti Syed Mohamad Nor yang bertukar ke SK Puchong Utama 3, Selangaor dan En.Asohan bin Embong yang dinaikkan pangkat ke Jabatan Pendidikan Negeri, Sekotor Pendidikan Khas.
Jamuan tersbut diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu yang dihadiri oleh 31 orang murid PKI BP,11 orang guru,3 orang PPM dan 4 orang penjaga. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Ustazah Rohana dan Ustaz Ismail selaku pembaca doa. Majlis diserikan lagi dengan ucapan yang disampaikan oleh Pn.Hjh Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar SK Gong Badak.
Majlis turut menjemput En.Nasir (pen.kanan 1) dan En. Mat Fadhil(wakil kelab guru SK Gong Badak
Majlis berakhir sekitar jam 1.00 tengahari dengan aktiviti bersalaman dan bergambar kenang-kenangan.


Murid-murid PKI

Ucapan Puan Guru Besar

Pengerusi Majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Ismail

Ucapan Mantan GPK PKI

Bergambar bersama pentadbir



Penyampaian hadiah tanda kenang-kenangan

Majlis bersalam-salaman

Warga PKI SK Gong Badak





Friday 20 June 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

19 Jun 2014, Khamis- Sekolah kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Perpisahan seorang guru Pendidikan Khas Integrasi iaitu Puan Sharifah Teh Nadhirah binti Syed Mohd Noor yg akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Punchong 3,Selangor.
Majlis tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi yang bertempat di Tapak Perhimpunan, SK Gong Badak.Majlis tersebut diadakan untuk meraikan guru yang telah banyak menabur bakti dan sumbangan di SK Gong Badak.
Semoga Puan Sharifah Teh Nadhirah binti Syed Mohd Noor akan terus cemerlang di sekolah baru dan
semua warga SKGB mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa beliau selama berkhidmat di SKGB.


Barisan guru yang turut meraikan Majlis Perpisahan

Barisan murid yang meraikan Majlis Perpisahan

Ucapan daripada Puan Sharifah Teh Nadhirah binti Syed Mohd Noor

Penyampaian hadiah daripada pentadbir

Penyampaian hadiah daripada guru-guru

Majlis bersalam-salaman dengan Puan Sharifah Teh Nadhirah



Monday 16 June 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN PAKAIAN RAYA ANAK-ANAK YATIM DAERAH KUALA TERENGGANU

15 JUN 2014, Ahad- Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dearah Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Penyampaian Pakaian Raya kepada anak-anak yatim seramai 5 orang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak bagi tahun 3 dan 6. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi yang bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
Seorang guru telah mengiringi murid-murid tersebut iaitu Puan Che Suhaida binti Che Daud. Penyampaian bantuan pakaian raya telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Toh Puan Hajah Halina binti Zakaria iaitu isteri kepada YAB Menteri Besar Terengganu.
Majlis berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Anak-anak yatim yang menerima bantuan pakaian raya

Penyampaian Bantuan Pakaian Raya oleh YAB Toh Puan Hajah Halina binti Zakaria

Majlis Penyampaian Pakaian Raya Anak-Anak Yatim Daerah Kuala Terengganu


Tuesday 3 June 2014

BENGKEL PELAKSANAAN RINTIS KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM TALIAN (KKDT) / i-THINK



Pada 24 Mei 2014 (Sabtu) yang lalu, Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru atau lebih dikenali Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali kedua telah diadakan di Bilik Galeri Gemilang Sekolah Kebangsaan Gong Badak.  Seawal jam 8.30 pagi guru-guru sudah berkumpul untuk pendaftaran sebelum mengikuti Bengkel Pelaksanaan Rintis Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Talian (KKDT).  Puan Rusmawatey Binti Ramli dari JPNT telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dan seterusnya memberi pencerahan berkenaan Modul i-THINK.

Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.  i-THINK membawa maksud innovative THINKing ( Pemikiran Inovatif).

Setelah mengikuti kursus ini adalah diharapkan guru-guru SKGB dapat mengikuti dan menghabiskan semua sukatan yang disarankan sebelum 31 Jun 2014 ini.  Jawatankuasa LADAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah menghadiri kursus dan memberi kerjasama sepanjang program berlangsung.