Social Icons

Monday 23 November 2015

CUTI PERSEKOLAHAN AHKIR TAHUN BERMULA

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 telah pun berakhir. Terima kasih kepada semua guru dalam mendidik anak-anak SK Gong Badak tanpa penat dan lelah. Terima kasih juga kepada staf dan kakitangan yang banyak membantu dalam segala hal. Pelbagai aktiviti dan kejayaan telah ditempuhi bersama. Semoga sesi 2016 membuka lembaran baru yang akan menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang..Insya Allah.

Para Pendidik Yang Berilmuan

Kakitangan dan Staf Sokongan

Guru-guru Lelaki

Guru-guru Perempuan



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2015

17 November 2015, Selasa - Alhamdulillah SK Gong Badak Berjaya Muncul antara sekolah terbaik di Daerah Kuala Terengganu dan Negeri.. GPS 1.80 dan 39 daripada 131calon murid mendapat 5A ..
Kepada yang tidak berjaya ingatlah perjalanan masih jauh.. Jadikanlah kegagalan pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Para guru dan ibubapa


Murid yang mendapat 5A

39 orang murid yang mendapat 5A

Murid yang mendapat 4A 1B




Sunday 22 November 2015

MAJLIS PERSARAAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

16 November 2015, Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Sempena Persaraan Pn. Radina Binti Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Majlis bermula pada jam 9.00pagi dengan perarakan ke dewan sekolah.Majlis turut dikunjungi oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Majlis berjalan dengan lancar dan jamuan diadakan di Hotel Sumai, Kuala Terengganu pada sebelah petang.
Harapan semoga Cg Radina sihat dan ceria selalu disamping keluarga tersayang dan jasa beliau tidak akan kami lupakan. Kenanglah daku dalam doamu.

Pn.Radina binti Yunus

Persembahan dari Murid PKI
Persembahan dari Guru

Ucapan wakil PPD



Ucapan Tuan Guru Besar

Ucapan Pn.Radina binti Yunus

Acara pemotongan pulut kuning


Penyampaian cenderamata
"Punch Card" terakhir




Jamuan Makan di Hotel Sumai,Kuala Terengganu

MAJLIS HARI GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG 2015

12 November 2015, Khamis- Hari Graduasi bagi Tahun 6, Pra Sekolah dan Pend. Khas Intergrasi serta anugerah kecemerlangan matapelajaran bagi semua aliran telah diadakan di Dewan Perdana UniSZA pada 12 November 2015. Majlis telah bermula pada jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Tn.Hj.Jailani bin Sulong, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 12.00tgh.
Antara objektif majlis tersebut diadakan ialah:
1. Memberi semangat dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang
2. Memberi pengalaman kepada murid-murid tahun 6 yang akan melangkah ke alam sekolah menengah.

Graduasi Murid Pra Sekolah












Graduasi Murid Tahun 6

Perarakan masuk para pendidik SKGB

Perarakan masuk para pentadbir


Nyanyian Lagu Negaraku


Ucapan Tuan Guru Besar



Bacaan Al Quran dari Adik Muhammad Shukri

Para tetamu


Ucapan Pegawai PPD Kuala Terengganu


Graduasi Murid Pra Sekolah


Graduasi Pendidikan Khas Integrasi


Warga  SKGB


KARNIVAL BOLA SEPAK SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

10 November 2015, SK Gong Badak telah menghantar pasukan yang terdiri daripada 15 orang pemain ke karnival ini yang dianjurkan oleh SK Seri Berang.
Pasukan B11 SK Gong Badak berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan. Tahniah dan syabas kepada pemain yang terlibat.

Peserta yang mewakili SKGB




Permainan sedang berlangsung

Taklimat dari jurulatih
Penyampaian cenderamata

JAMUAN PEMIMPIN MUDA 2015





 Barisan Pemimpin Muda SK Gong Badak yang terdiri daripada Pengawas Displin, Pengawas SPBT, Pengawas Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya telah diraikan dalam jamuan khas yang diadakan pada 8 November 2015 bertempat di Dewan Sekolah.



Semua pemimpin muda menikmati jamuan






Pengerusi Majlis Pn.Nor Ulfah binti Muda




Pemimpin Muda


Mendengar taklimat 





Ucapan PK HEM

Saturday 31 October 2015

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR DENGAN SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

19 Oktober 2015, Program Perkongsian Ilmu telah diadakan bersama Sekolah Sukan Bukit Jalil bagi memperolehi input berguna mengenai peluang belajar di sana. Barisan atlit yang telah mewakili sekolah terpilih mengikuti lawatan kali ini.



PERTANDINGAN GO GREEN BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

18 Oktober 2015, SK Gong Badak telah menyertai pertandingan Sajak dan Pidato peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh SK Bandar Pusat, Jengka Pahang pada 15 Oktober 2015.
Alhamdulillah berjaya membawa balik beberapa kejayaan antaranya ialah
1. Johan Sajak Terbaik
2. Pingat Perak Sajak
3. Pingat Perak Pidato

Pidato diwakili oleh Adik WAN NASMA ALHUMAYDAA BINTI WAN MOHD YUSOF dari kelas 6IS dan Sajak oleh adik SITI SYAFIQAH BINTI MOHAMAD SHAMSUL RIZAL dari kelas 4 IS.