Social Icons

Tuesday 28 March 2017

PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAERAH KUALA NERUS

28 Mac 2017, Tahniah kepada Pasukan Bulan Sabit Merah yang telah mendapat tempat keempat keseluruhan bagi Pertandingan Pertolongan Cemas Asas Daerah Kuala Nerus yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus.
Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing.




KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT PKG TOK JIRING

27 Mac 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengambil bahagian dalam Karnival BahasaInggeris Peringkat PKG Tok Jiring yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tembusu. Pasukan SKGB telah mengambil bahagian dalam acara Poem Recite, Story Telling, Action Song dan Public Speaking. Bagi acara Poem Recite, SK Gong Badak telah muncul sebagai Johan. Tahniah diucapkan kepada peserta dan guru pengiring.






Saturday 25 March 2017

KEJOHANAN SQUASH JUNIOR PERINGKAT KEBANGSAAN

16 Mac 2017, Tahniah kepada Adik Addin Iqwan dari kelas 5 Ibnu Khaldun yang telah berjaya mendapat tempat ke-6 dalam Kejohanan Squash Junior Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 1-5 Mac 2017 yang lalu. Tahniah diucapkan.



PELANCARAN PROGRAM ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

16 Mac 2017, Jawatankuasa PPDa Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah melancarkan Program Anti Dadah Peringkat Sekolah yang telah dirasmikan oleh Puan Rairahayati binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKGB.
Lakonan murid-murid tentang penyalahgunaan dadah telah disajikan kepada semua warga SKGB.







KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT PKG TOK JIRING

14 Mac 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar wakil murid untuk menyertai Pertandingan Karnival Bahasa Melayu Peringkat PKG Tok Jiring dan yelah membawa pulang kejayaan.
1. Johan Bercerita Tahap 1
2. Naib Johan Pidato
3. Naib Johan Sajak
4. Naib Johan Syair
Tahniah kepada peserta.





KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSSD KUALA NERUS

11 Mac 2017, Tahniah kepada pasukan olahraga SK Gong Badak yang telah mendapat tempat ketiga keseluruhan dengan 3 emas, 3 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Kuala Nerus. Satu kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.

Pingat Emas:
1. Nurid Hidayah (80m Lari Berpagar P12)
2. Aman (80m Lari Berpagar L11)
3. Aman (Lompat Jaun L11)

Pingat  Perak:
1. Hazim (80m Lari Berpagar L12)
2. Syahmi (100m L11)
3. Siti Syafiqah (200m P12)

Pingat Gangsa
1. Nurin Hidayah (Lompat Jauh P12)

Tahniah kepada semua peserta.







KUNJUNGAN TUAN PENGARAH JPNT KE SKGB

9 Mac 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menerima kunjungan daripada Tuan Hj Shafruddin bin Hj Ali Hussain, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bersama-sama Tuan Ramly bin Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Dearah Kuala Nerus.
Pelbagai maklumat dan nasihat telah disampaikan oleh Tuan Pengarah kepada semua murid dan guru terutama murid-murid tahun 6 yang cukup bertuah menerima motivasi daripada Tuan Pengarah.
Pihak sekolah amat berbesar hati atas kunjungan tersebut.








MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK

9 Mac 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG yang bertempat di dewan sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Hj Basir bin Hj Ismail, Pegawai Pembangunan Dun Kuala Nerus.
Mesyuarat Agung telah berjalan dengan lancar yang telah dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG. Terima kasih diucapkan kepada Dato Basir atas sumbangan yang telah diberikan.









PERHIMPUNAN KHAS DI TAPAK PERHIMPUNAN

9 Mac 2017- Perhimpunan Khas di Tapak Perhimpunan telah diadakan pada jam 7.30 pagi dengan pengisian Bacaan Al Fatihah, Doa Qunut dan Tahiyat yang telah diketuai oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah. Seterusnya, Murid-murid telah menunaikan Solat Dhuha dan Solat Sunat di Surau Ar Rahman SK Gong Badak.






Sunday 5 March 2017

MAJLIS ASPRESIASI GPS BESTARI DAN PELANCARAN AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU&PROGRAM NILAM

2 Mac 2017, Majlis Aspresiasi GPS Bestari dan Pelancaran Aktiviti Panitia Bahasa Melayu&Program Nilam 2017 telah disempurnakan oleh Tuan Ramly bin Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus. Majlis telah bermula pada jam 7.30 pagi bertempat di dewan sekolah. Pelbagai persembahan turut disajikan bagi memeriahkan lagi majlis.

Antara objektif program ini ialah
1. menyebar luas budaya berujuran dalam berbahasa kebangsaan
2. memupuk minat membaca dalam diri murid-murid
3. menyemai sikap membaca sesuai "Melentur Buluh Dari Rebung"
4. mencungkil bakat berbahasa di hadapan khalayak
5. menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti.