Social Icons

Sunday 26 February 2017

PASUKAN SQUASH KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah kepada Adik Addin Shahidan dan Adik Syazliana yang muncul sebagai Johan dalam Kategori lelaki dan perempuan Pertandingan Squash Peringkat Negeri Terengganu. Tahniah juga kepada Adik Aqilah Hidayah yang berjaya mendapat Naib Johan Kategori Perempuan.
Murid tersebut akan mewakili Negeri Terengganu dalam Kejohanan Squash ke Peringkat Kebangsaan nanti. Tahniah.



KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA TAHUN 3 DAN 4 SERTA KETUA DAN PENOLONG KELAS

23 Februari 2017, Khamis- Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Pemimpin Muda telah mengadakan Kursus Kepimpinan kepada semua pemimpin muda tahun 3 dan 4 serta kepada semua ketua dan penolong kelas tahap 2.
Antara program yang telah dijalankan ialah ucapan daripada En Kamal bin Abdullah, Guru Besar SK Gong Badak serta tips dan pesanan daripada Pn Rairahayati binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Gong Badak.
Seterusnya, ceramah tentang kepimpinan telah disampaikan oleh Pn Nor Ulfah binti Muda, Guru Bimbingan SK Gong Badak. Antara pengisiannya, peranan dan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang cemerlang. Diakhir kursus ini turut diadakan Latihan Dalam Kumpulan yang mana bermotifkan sikap kerjasama dan kreativiti sebagai seorang pemimpin.
Kursus telah berjalan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Diharap semua pemimpin SK Gong Badak dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.







PERTANDINGAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran telah diadakan pada 13 Februari  2017(Isnin) yang merangkumi Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah Nabi. Pertandingan MTQ terbuka kepada murid tahun 4,5 dan 6. Tujuan MTQ ini diadakan sebagai mencungkil bakat dan kemampuan murid sekaligus melayakkan diri mewakili sekolah.





KEMENANGAN TOP 5 SEKOLAH PILIHAN GPS BESTARI

20 Februari 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menerima hadiah hasil kemenangan sebagai Top 5 Sekolah Pilihan GPS Bestari. Hadiah merupakan 13 buah kotak buku yang bernilai RM10,000 sumbangan pihak Karangkraf. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak  GPS Bestari dan Karangkraf atas hadiah tersebut.





Saturday 25 February 2017

30 ORANG CEMERLANG UPKK

19 Februari 2017-Tahniah kepada 30 orang murid yang telah mendapat keputusan 8A dalam UPKK(KAFA). Majlis telah disempurnakan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Gong Badak.






Saturday 18 February 2017

KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA

15-16 Februari 2017, Jawatankuasa Disiplin dan Pemimpin Muda telah menganjurkan Kem Motivasi dan Kepimpinan Pemimpin Muda bagi tahun 2017 kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya bagi murid tahun 5 dan 6. Kem tersebut telah dijalankan 2 hari 1 malam yang bertempat di Kem 18 RAMD Seberang Takir. Seramai 122 orang pemimpin muda telah menyertai kem tersebut dengan pelbagai aktiviti yang menarik bertujuan memupuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri mereka. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut.
























PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN MENTOR MENTEE 2017

12 Februari 2017, Ahad - Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee bagi tahun 2017. Majlis telah dirasmikan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar SK Gong Badak bertempat di tapak perhimpunan. Majlis telah bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Majlis berakhir dengan penyerahan fail mentor-mentee kepada semua kelas.