Social Icons

Tuesday 28 June 2016

CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 6

23 Jun 2016, Khamis - Ceramah Motivasi telah dijalankan di Surau Ar Rahman, SKGB kepada semua murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr (H) Wan Rozeb bin Wan Salleh. Pelbagai tip dan motivasi telah diberikan oleh penceramah dan diharapkan semua calon UPSR dapat menghadapi peperiksaan dengan yakin dan mendapat keputusan yang cemerlang.







Sunday 19 June 2016

MAJLIS TEMU MURNI IBU BAPA DAN GURU

16 Jun 2016, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Temu Murni Ibu bapa dan Guru bagi semua tahun. Bagi Pra Sekolah, Pendidikan Khas Integrasi dan tahun 1-5 telah diadakan di dalam kelas masing-masing manakala bagi tahun 6 diadakan di dalam dewan sekolah.
Pendaftaran ibu bapa adalah menggalakkan seperti tahun-tahun sebelumnya. Murid dan ibu bapa tahun 6 telah diberi taklimat oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar SK Gong Badak dan juga Ceramah Motivasi Keibubapaan oleh Dr (H) Wan Rozeb bin Wan Salleh untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyerahkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar kepada ibubapa atau penjaga. Selain itu, majlis ini juga betujuan untuk merapatkan hubungan di antara guru dan penjaga. Perbincangan ini berkisar prestasi terkini pelajar serta tingkah laku atau sebarang permasalahan pelajar. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi pelajar dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.
Majlis telah berjalan dengan lancar. Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amat dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para pelajar SKGB akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.













Tuesday 14 June 2016

PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016

12 Jun 2016, Ahad - Bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini,  Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan yang bertempat di dataran perhimpunan SK Gong Badak. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Syed Ahmad tentang kelebihan berpuasa. Pelancaran ini turut dirasmikan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar SK Gong Badak.
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi melahirkan murid dan warga SKGB yang mengimarahkan bulan Ramadhan dan sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT serta menyedarkan diri tentang adanya balasan baik daripada Allah dalam setiap usaha mendekatkan diri kepada-Nya.
Antara objektif program tersebut ialah:
1. Melatih murid berpuasa dan bersabar di bulan Ramadhan
2. Membentuk peribadi murid yang baik
3. Memupuk diri setiap murid untuk menjadi generasi yang cintakan Al-Quran dan  mengamalkan sunnah baginda.
4. Memberi peluang kepada para murid mengimarahkan bulan yang mulia ini.
5. Membentuk generasi yang sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah.
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah:
1. Tadarus Al-Quran murid-murid
2. Tadarus Al-Quran guru dan kakitangan sekolah
3. Kuiz Spontan
4. Kuiz terkumpul
5. Tokoh Murid mithali (Lelaki dan Perempuan)
6. Majlis Khatam Al-Quran








Sunday 12 June 2016

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN

Tahniah kepada Adik Muhammad Hazmi Aisar bin Azmi dari kelas 6 Ibnu Sina kerana berjaya membawa pulang pingat emas berkumpulan dalam Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan yang berlangsung di kompleks MSN Taman Keramat pada 26-29 Mei 2016 anjuran Persatuan Memanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.












PERTANDINGAN MENGHIAS KEK PELAJAR SEKOLAH RENDAH

25 Mei 2016, Dua orang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak iaitu Ainul Mardiah binti Nizam dari tahun 5 Ibnu Rushd dan Wan Nur Amni Bisyarah binti Wan Razmin Zainal dari 4 Abu Hurairah telah menyertai Pertandingan Menghias Kek Anjuran INFORANA Islamic International Skill College yang bertempat di Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal.
Mereka telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.