Social Icons

Sunday 28 June 2015

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK GONG BADAK - PN. HAJAH RAMLAH BT MOHAMAD NOOR



Tarikh: 28 MEI 2015
Hari: Khamis
Masa: 10.00pagi
Tempat: Dewan SKGB

Jasamu Dikenang... Setulus Ingatan Kekal Abadi... 


Majlis persaraan Guru Besar SKGB, Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor telah berlangsung dalam keadaan penuh warna-warni. Beliau telah memulakan tugas di SKGB pada tahun 2012. sepanjang bertugas di sini, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2013. Antara anugerah yang dicapai oleh sekolah di bawah pentadbiran beliau ialah Sijil Pengiktirafan KPM - SK Gong Badak Sekolah Kluster Kecemerlangan (Fasa 8 Tahun 2014), Anugerah Kecemerlangan Akademik-Peratus semua A UPSR Terbaik Daerah Kuala Nerus Tahun 2014, dan Anugerah Sekolah Melepasi 20% semua A UPSR 2013.


Aturcara majlis dimulakan dengan sambutan ketibaan Guru Besar, Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor dan suami, dif-dif jemputan lain seperti wakil JPNT, wakil PPDKT, YDP dan NYDP PIBG sekolah, dan guru besar-guru besar sekolah berhampiran. Jamuan makan diadakan di dalam bilik Galeri Gemilang seterusnya perarakan ke dewan sekolah SKGB bersama dengan paluan kompang oleh pasukan kompang SKGB.  Puan Hajjah Ramlah bersama suami bergerak ke dewan dengan diiringi oleh 4 orang pembawa bunga manggar, 8 orang anak cilik pembawa bunga, 11 orang pembawa dulang hantaran hadiah.  Sepanjang perjalanan Ustaz Mat Ali dan murid-murid mengalunkan selawat secara beramai-ramai.

Sejurus tiba,  Puan Hajjah Ramlah dan suami di jemput duduk di atas pelamin yang dihias indah di atas pentas. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shamsuddin.  Acara diteruskan dengan ucapan wakil murid, wakil guru, YDP PIBG, wakil kepada Dato' Basir, En. Mohd Zaki bin Sembok, wakil PPD, En. Ahmad Yusri bin Jusoh dan wakil JPNT, Tuan Haji Ghazali bin Mohamad. Majlis diselangi dengan persembahan murid dan guru.  Acara kemuncak adalah ucapan oleh Pn. Hajah Ramlah binti Mohamad Noor Guru Besar yang diraikan. Sejurus selepas itu, Puan Hamidah Binti Abdul Rashid menyampaikan sebuah sajak perpisahan  "Bak Air Yang Mengalir"  bersama persembahan multimedia rentatan pengalaman Puan Hajjah Ramlah sepanjang di SKGB.  Sebagai gimmic penutup majlis, Guru Besar dipersilakan untuk memotong pulut kuning. Seterusnya, wakil murid setiap tahap menyampaikan cenderahati perpisahan kepada puan Guru Besar.

Sebagai tanda kenang-kenangan, Upacara menanam Pokok Kenangan diadakan bertempat bersebelahan kantin sekolah. Simboliknya majlis persaraan, acara Punch Card Terakhir dibuat sebagai tanda berakhirnya tugas beliau sebagai seorang yang bergelar guru. Majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara semua guru sebelum lambaian terakhir.  Beliau diiring hingga ke pintu pagar dengan beca berhias.

Segala jasa dan pengorbanan Cikgu akan sentiasa kami kenang.  Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Selamat berehat dan menikmati waktu yang berharga selepas bersara bersama keluarga tercinta dalam keadaan aman dan diberkati Allah hendaknya sentiasa. SAYONARA!

Bak air yang mengalir,
tiba jua kiranya dimuara waktu, 
di sini kami pasti merindu,
Hakikat seorang individu, Guru Besarku,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
sapalah kami andai mesra akrab berpadu.



Ketibaan Puan Hjh Ramlah bersama suami diiringi dif-dif jemputan, guru dan murid
Jamuan makan di Bilik Galeri Gemilang
Ucapan dari Puan GB,PK1, YDP PIBG dan Wakil Murid.
Cenderahati daripada YDP PIBG, guru dan murid-murid
Acara memotong pulut kuning dan menanam Pokok Kenangan

"Punch Card" terakhir

Acara bersalaman bersama guru-guru dan murid-murid
Guru dan murid mengiringi ke pintu pagar dengan beca berhias