Social Icons

Sunday 27 March 2016

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG

26 Mac 2016, Sabtu - Seramai 50 orang murid tahun 6 telah menghadiri Ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang yang telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr Wan Azizul Fadzli bin Wan Jusoh, Ketua Penyelaras Klinikal, Pusat Perubatan UniSZA.
Cabutan bertuah turut diadakan di Dataran Ilmu SK Kompleks Gong Badak dan program telah berakhir pada jam 5.15 petang.







Saturday 26 March 2016

KEM CEMERLANG JAWI

26 dan 27 Mac 2016,Sabtu-Panitia Agama Islam telah menganjurkan Kem Cemerlang Jawi yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1 petang kepada semua murid tahun 2 hingga 5. Semua AJK telah berganding bahu dalam menjayakan program tersebut.
Antara objektif program tersebut ialah:
1. Mengenal,membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung
2. Membaca dan menulis suku kata  terbuka dan suku kata tertutup
3. membaca dan menulis ayat pendek mengikut kaedah yang betul
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua ajk yang terlibat dalam program tersebut. Semoga murid-murid dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis jawi dengan sempurna.







Sunday 20 March 2016

MAJLIS SAMBUTAN WIRA SK GONG BADAK

Pada 20 Mac 2016 telah diadakan sambutan meraikan wira SKGB, M. Hazmi Aisar b. Azmi dari 6IS yang berjaya mengharumkan nama SKGB dalam sukan memanah
Jika tahun lepas Hayani binti Yusof telah berjaya membawa pulang pingat gangsa MSSM 2015, namun M. Hazmi Aisar pada tahun ini mencapai tahap lebih cemerlang dengan membawa pulang 2 pingat emas dalam kejohanan memanah MSSM 2016 yang berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis pada 14 - 17 Mac 2016.
Usaha dan latihan berterusan tanpa mengira hari cuti atau tidak membuahkan hasil.
Majlis dimulakan dengan perarakan menyambut kepulangan wira SKGB diiringi paluan kompang dan bunga mangga. Kemudian diikuti gimik memanah belon dan juga penyampaian pingat. Pihak sekolah juga tidak lupa kepada jasa mantan PK Kokurikulum SKGB Pn.Radina binti Yunus dengan menjemput beliau mengalungkan pingat kepada M. Hazmi Aisar.
Terima kasih kepada barisan AJK Kebitaraan Memanah SKGB selaku tulang belakang dalam kejayaan ini
Tidak lupa ucapan terima kasihkepada bekas jurulatih SKGB Cik Noor Fariza yang menjadi menjadi orang penting dalam penubuhan pasukan memanah SKGB. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas tunjuk ajar yang telah diberikan.


















PERKHEMAHAN TAHUNAN 2016

Pada 9 -11 Mac 2016, perkhemahan unit beruniform telah diadakan di Pusat Kokurikulum UniSZA, Merang, Setiu.
Seramai 116 peserta yang terdiri daripada murid tahun 6 telah menyertai perkhemahan kali ini.
Perkhemahan ini merupakan salah satu program kluster jalinan SKK-IPTA dimana SK Gong Badak telah ditindikan dengan Universiti Sultan Zainal Abidin. Terima kasih kepada UniSZA yang memberikan SKGB menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Kokurikulum UniSZA, Merang.
Hari pertama perkhemahan, murid diberikan tugasan mendirikan khemah. Selesai mendirikan khemah, latihan kawad kaki diadakan.
Selepas Asar diadakan riadah dimana murid lelaki bermain bola sepak pantai dan perempuan bermain bola tampar.
Sebelah malam pula diadakan malam kebudayaan dimana setiap unit beruniform diminta membuat satu persembahan.
Hari kedua aktiviti yang lebih mencabar diadakan. Aktiviti hari kedua dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih bertauliah dari UniSZA. Selesai bersarapan, peserta dibawa menjalani aktiviti jungle tracking dan water tracking. Selesai aktiviti tersebut, aktiviti water konfident dan kenu diadakan.
Selepas zohor diadakan pula pertandingan kawad kaki. Selesai solat asar, Peserta perempuan diberi peluang bermain bola sepak pantai dan peserta lelaki bola tampar.
Sebelah malam diadakan BBQ ayam dan kambing.
Selesai BBQ, tepat jam 10.30 malam, peserta mengikuti program Night Walking untuk menguji keberanian dan semangat diri.Night Walking ini dibahagikan kepada dua sesi.
Sesi pertama murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan seramai 10 orangs etiap kumpulan dan diminta memasuki hutan dengan memegang tali.
Sesi kedua pula, peserta dilepaskan secara berpasangan melalui jalan gelap pulang ke khemah.
Program night walking berakhir jam 2.00 pagi.
Hari terakhir, diadakan upacara penutup dan penyampaian hadiah.
Terima kasih juga kepada pihak Institut Latihan Perindustrian Gong Badak yang memberikan kemudahan bas secara percuma untuk mengangkut pergi dan pulang murid dari SKGB ke tempat perkhemahan.

















KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA NERUS 2016

7-9 Mac 2016 telah berlangsung Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Nerus yang bertempat di Trek Olahraga Kompleks Sukan Gong Badak.
SKGB telah menyertai semua kategori yang dipertandingkan dan berjaya memperolehi 3 pingat perak dan 1 gangsa.
Tahniah dan syabas kepada atlit yang telah mengharumkan nama sekolah.