Social Icons

Sunday 27 October 2013

Ceramah dan Pameran Berkaitan dengan Anti Dadah Kebangsaan untuk Program PASCA UPSR

21 Oktober 2013- Isnin, Satu ceramah dan pameran berkaitan dengan Anti Dadah Kebangsaan Kuala Terengganu telah diadakan Dewan Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Bazilah binti Mat Ghani. Seramai 120 orang murid tahun 6 telah menghadiri ceramah tersebut.

Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan bahaya dadah kepada murid-murid. Selain itu juga, jenis-jenis dadah turut diperkenalkan supaya murid-murid mengenali jenis-jenis dadah tersebut. Pameran turut dipamerkan untuk semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak.

Semoga program tersebut akan memberi peluang kepada murid-murid tentang bahaya dadah dan memberi manfaat kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak. InsyaAllah.


KEM 1M1S 2013

28 September - 29 September 2013 merupakan Kem 1Murid 1Sukan Sekolah Kebangsaan Gong Badak 2013.  Program ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Radina Binti Yunus.

Matlamat Kem 1M1S adalah:

1. Mewujudkan satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan dalam menjalankan aktiviti di sekolah.
2. Membina satu kumpulan PENGGERAK SUKAN dari kalangan murid SK Gong Badak.
3. Membantu murid dalam merancang dan menguruskan kelab sukan di SK Gong Badak.

Objektif Kem 1M1S adalah:

1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
2. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui sukan.
3. Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

Terima kasih kepada Penyelaras, En. Khamarul Azwan Bin Mohd Nawi serta AJK Kem kerana menjayakan Kem 1M1S Sk Gong Badak, 2013 yang mana Kem 1M1S merupakan satu projek yang boleh memberikan manfaat kepada murid-murid SK Gong Badak bagi melengkapkan diri sebagai murid yang memenuhi keperluan Jasmani, Emosi, Rohani dan Inteleks dalam Falsafah Pendidikan Negara.  Justeru itu, kem ini perlu diteruskan dari masa ke semasa.

Tuesday 22 October 2013

Lawatan dan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah Bagi Tahun 2013.

22 Oktober 2013, Selasa -8.00 pagi, Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan satu Program Lawatan Badan Pengawas ke Kraftangan di Chendering, Nur Arfa Batik dan Planaterium. Program tersebut diteruskan dengan meraikan pengawas sekolah ke Jamuan Akhir Tahun di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu.

Seramai 70 orang pengawas telah mengikuti program tersebut dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring iaitu Cikgu Nazri, Cikgu Kamarul, Cikgu Jalil, Cikgu Nor Ulfah, Cikgu Ummy Norleeza dan Cikgu Tengku Azizah. Program tersebut bertujuan untuk meraikan khidmat dan jasa pengawas sekolah sepanjang menjadi pengawas sekolah. Selain itu, program tersebut juga memberi semangat kepada semua pengawas sekolah untuk terus berkhidmat sebagai seorang pemimpin dan mejadi contoh kepada murid lain.

Program tersebut telah berakhir pada jam 5.00 petang. Semoga dengan program tersebut akan memberi pengalaman baru kepada semua pengawas sekolah SKGB.

Laporan Oleh:
Unit Bimbingan Dan Kaunseling






Wednesday 2 October 2013

GERAK TARI 1MALAYSIA PRASEKOLAH


      Tepat 8.10 pagi...01 oktober 2013, semua murid prasekolah SKGB bersama guru,pembantu murid dan ibubapa memulakan langkah Gerak Tari 1Malaysia. Program ini merupakan program prasekolah KPM peringkat kebangsaan yang dilancarkan serentak di I-City,Shah Alam dan seluruh negara. SKGB amat bertuah kerana tersenarai untuk penyertaan bagi World Book Of Record..
     Program ini bermula dengan kehadiran ibu bapa dan murid pada 7.45 pagi.Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa amat memberangsakan.. Gerak Tari dimulakan pada 8.10 pagi. Demi memenuhi pemintaan ibubapa,, gerak tari diulang dua kali..seronoknya depa menari... Program diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar, Hjh Ramlah bt Mohd Noor.
      Bagi memeriahkan lagi,beberapa acara telah diadakan.Untuk ibubapa,diadakan acara mewarna ibu bapa dan murid dan acara "mana anakku" dan untuk murid acara mewarna dan acara meniup belon hingga pecah. Penglibatan ibu bapa dalam semua acara yang disediakan amat membanggakan. Ibubapa yang hadir memberikan  kerjasama dan sporting belaka. Diakhir program, Guru PK HEM telah dijemput untuk menyampaikan hadiah berupa hamper kepada pemenang acara yang telah dijalankan.
     Program Gerak Tari 1Malaysia ini berjaya dijalankan dengan lancar dan meriah..Happy sangat..!!!!!!
   
SYABASSSSS.....


JOM MENARI

SERONOKNYA.....
MENARI SAMBIL BERSENAM

ASYIKNYA.....
SPORTING DAN CERIA....


IBU KE ANAK WARNA...????