Social Icons

Tuesday 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

16 Mei 2017, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Badak dengan tema"Guru Pembina Negara Bangsa"telah disambut dengan meriah. Pelbagai aktiviti yang melibatkan guru dan murid telah dijalankan dengan jayanya.
Selamat Hari Guru kepada semua guru SKGB. Terima Kasih, CIKGU.




















KURSUS PENGGUNAAN FROG VLE

14 Mei 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kursus Penggunaan Frog VLE kepada semua guru yang bertempat di Makmal Komputer SKGB. Kursus ini turut dibantu oleh guru-guru yang berpengalaman dari sekolah lain.











KEM KECEMERLANGAN UPSR

11-12 Mei 2017, Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan Kaunseling telah menganjurkan Kem Kecemerlangan UPSR yang bertempat di Am Transit Inn selama 2 hari 1 malam yang melibatkan 120 orang murid tahun 6.
Seramai 14 orang fasilitator yang telah mencurahkan ilmu tentang teknik-teknik menjawab kertas peperiksaan UPSR. Program telah berjalan dengan jayanya.







PROGRAM INKLUSIF:BENGKEL ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER

9 Mei 2017, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Gong Badak telah menyertai program Insklusif:Bengkel Asas Penggunaan Komputer yang telah bertempat di Institut Latihan Perindustrian Gong Badak. Seramai 15 orang murid PKI telah menyertai program tersebut.






LAWATAN PEMIMPIN MUDA

9 Mei 2017, Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Pemimpin Muda telah bekerjasama menganjurkan lawatan ke Rumah Ehsan, Dungun, Pusat Penyu dan Ekosistem Marin dan Mesra Mall Kemaman. Seramai 70 orang peserta dan 8 orang guru pengiring yang telah mengikuti lawatan tersebut. Antara objektif lawatan tersebut:
1. Menghargai pengorbanan warga emas dan memupuk sikap kasih sayang antara murid dan warga emas
2. Menyemai sikap sayang akan binatang.












KARNIVAL MATEMATIK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

9 Mei 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar 5 orang peserta untuk menyertai karnival tersebut yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman.
SKGB telah membawa pulang kemenangan iaitu:
Tempat ketiga bagi acara Soduku Individu, Tempat ketiga acara Sokudu Berkumpulan dan tempat ketujuh acara Math Magic. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.