Social Icons

Thursday 31 January 2013

KURSUS KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS

Khamis 31 Januari 2013 - Kursus Kepimpinan ini bertujuan memberi pendedahan tugas dan peranan mereka sebagai pemimpin kecil dalam bilik darjah.

Ketua dan penolong ketua kelas dari tahun 1 hingga tahun 6 iaitu seramai 68 pelajar telah menghadiri program ini bertempat Bilik Galeri SK Gong Badak.

Ucapan penghargaan dan tahniah daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sk Gong Badak, Puan Hamidah binti Abdul Rashid di atas perlantikan ketua dan penolong ketua kelas.  Murid-murid dibekalkan dengan modul kepimpinan dan phamplet tugas dan peranan sebagai ketua dan penolong ketua kelas.

Guru Bimbingan dan Kaunseling juga menjelaskan sifat-sifat menjadi seorang pemimpin yang baik dan berdedikasi.

Thursday 3 January 2013

MAJLIS TAKLIMAT PROGRAM MINGGU TRANSISI TAHUN 1/2013

Ahad 3 Januari 2013 - Program yang dilaksanakan selama 3 minggu bermula 1.1.2013 hingga 17.1.2013 merupakan Program Tahunan yang sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa transisi daripada alam pra sekolah ke alam persekolahan sebenar.

Pelajar diberikan pendedahan daripada pelbagai aspek (jasmani, emosi, rohani, intelek) selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mewarna, pertandingan tulisan mekanis, tulisan jawi dan sukaneka selain daripada PnP yang dilaksanakan dalam bilik darjah sebagaimana sukatan KSSR.

Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan program "Kenali Sekolah" yang disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Hamidah binti Abdul Rashid.  Aktiviti yang turut dijalankan ialah "Sayangi Guru-guru Kami" bagi memberikan rasa kejelikatan antara pelajar dengan guru-guru di SK Gong Badak.

Pada akhir minggu transisi, majlis penutup diadakan pada 17 Januari 2013 yang disempurnakan oleh Puan Guru Besar SKGB iaitu Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Nor.  Pelbagai acara dijalankan antaranya persembahan nyanyian berkumpulan dan solo.