Social Icons

Saturday 31 October 2015

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR DENGAN SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

19 Oktober 2015, Program Perkongsian Ilmu telah diadakan bersama Sekolah Sukan Bukit Jalil bagi memperolehi input berguna mengenai peluang belajar di sana. Barisan atlit yang telah mewakili sekolah terpilih mengikuti lawatan kali ini.



PERTANDINGAN GO GREEN BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

18 Oktober 2015, SK Gong Badak telah menyertai pertandingan Sajak dan Pidato peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh SK Bandar Pusat, Jengka Pahang pada 15 Oktober 2015.
Alhamdulillah berjaya membawa balik beberapa kejayaan antaranya ialah
1. Johan Sajak Terbaik
2. Pingat Perak Sajak
3. Pingat Perak Pidato

Pidato diwakili oleh Adik WAN NASMA ALHUMAYDAA BINTI WAN MOHD YUSOF dari kelas 6IS dan Sajak oleh adik SITI SYAFIQAH BINTI MOHAMAD SHAMSUL RIZAL dari kelas 4 IS.








Wednesday 28 October 2015

LAWATAN KE JENGKA DAN KUALA LUMPUR




Lawatan menghargai barisan atlit sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang sukan sepanjang tahun 2015.
Antara tempat lawatan yang dibuat adalah melawat sekitar Zoo Teruntum, Pahang, East Coast Mall, Kuantan, Jengka Pahang, Aquaria KLCC, I-City Shah Alam dan Cameron Highland. Lawatan dilaksanakan selama 4 hari 4 malam.



PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SKK PERINGKAT KEBANGSAAN

3 Oktober 2015, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Kebangsaan Kluster Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Nerus dan telah disertai oleh beberapa buah sekolah seluruh Malaysia. Antara sekolah yang terlibat ialah:
1.SK Saujana Utama Selangor,
2.SK Putrajaya Presint 8(2),
3.SK Jawi Pulau Pinang,
4.SK Bandar Pusat Pahang,
5.SK Wan Ibrahim Pahang,
6.SK Bandar Temerloh Pahang,
7.SK Kompleks Sultan Abu Bakar Johor,
8.SK Taman Universiti 1 Johor,
9.SK Bendang Pauh Kelantan,
10.SK Sultan Sulaiman 2 Terengganu,
11.SK Tok Jiring Terengganu
12. SK Gong Badak Rasmi


Pertandingan telah berlangsung pada 3 Oktober 2015 dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin
Keputusan Pertandingan :
Johan = SK Sekolah Kebangsaan Jawi, Pulau Pinang
Naib Johan = SK Bandar Pusat, Pahang
Ketiga = SK Gong Badak Rasmi, Terengganu
Keempat = SK Wan Ibrahim, Pahang
Kategori Skrip Terbaik
Johan = SK Gong Badak, Jpn Terengganu
Naib Johan = SK Sultan Abu Bakar, Johor
Ketiga = SK Saujana Utama, Selangor
Kategori Konduktor Terbaik
Johan = SK Jawi, Pulau Pinang
Naib Johan = SK Gong Badak, Terengganu
Ketiga = SK Wan Ibrahim, Pahang
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya jumpa lagi.


Penyampaian Hadiah kepada peserta







Majlis cabutan undi







Pendaftaran Para Pserta







Bacaan Al Quran oleh Ustaz Syamsuddin
Ucapan Guru Besar SK Gong Badak
Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengarah
Persemabahan oleh Murid Pendidikan Khas Integrasi
Penyampaian hadiah


Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu