Social Icons

Monday 30 December 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !



Warga Sekolah Kebangsaan Gong Badak mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi murid
 tahun 2 hingga tahun 6 dan selamat datang kepada adik-adik Pra sekolah dan adik-adik Tahun 1 ke SK Gong Badak yang akan memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari 2014.
Semoga SKGB akan terus Cemerlang, 
Gemilang 
Dan 
Terbilang
SELAMAT TAHUN BARU 2014


Puan Siti Arbaiyah (GPKHem), Puan Radina Yunus (GPKKO) dan
Puan Maimun Binti Taha menyambut kedatangan murid di Pintu Pagar
hadapan sekolah dengan penuh mesra.
Guru Penyayang menyambut kehadiran murid dan ibu bapa
dengan senyuman.
Selamat kembali ke sekolah......

VISI DAN MISI BARU KPM


Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"


MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"








MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM BIL 1/2014

TARIKH  :  30 DISEMBER 2013
HARI       :  ISNIN
MASA     :  1.00 PETANG
TEMPAT  :  BILIK GALERI GEMILANG

AGENDA MESYUARAT:
  1. Perutusan Pengerusi
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat
  3. Perkara Berbangkit
  4. Laporan Aktiviti Dan Penilaian
  5. Makluman GPK
  6. Takwim Kokurikulum 2014
  7. Hal-Hal Lain
Mesyuarat dipengerusikan  oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor ( Guru Besar SKGB ).
Guru Penolong kanan Kokurikulum (Puan Radina Binti Yunus),  manakala Setiausaha Induk Kokurikulum ialah Encik Azmi bin Yahya. Cik Noor Rukiah Binti Ismail (Penolong Setiausaha ).  Terima Kasih kepada semua yang hadir.  Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL-EHWAL MURID BIL 1/2014

TARIKH  :  30 DISEMBER 2013
MASA     :  10.30 PAGI
TEMPAT  :  BILIK GALERI GEMILANG
AGENDA MESYUARAT :
  1. Perutusan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lepas
  3. Perkara Berbangkit
  4. Perancangan Strategik,  Pelan Tektikal Dan Operasi
  5. Pengurusan Bilik Darjah
  6. Buku Laporan Bertugas
  7. Buku Kawalan kelas
  8. Buku Kedatangan Murid
  9. Pengurusan Unit-Unit HEM
  10. Makluman GPK
  11. Hal-Hal lain
Mesyuarat diPengerusikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor ( Guru Besar SKGB ).   Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Siti Arbaiyah Binti Yusof .  Manakala  Puan Asmahani binti Abd Razak ialah Setiausaha Induk HEM.  Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 pm.

PENDAFTARAN MURID SKGB SESI 2014

30 DISEMBER 2013 ( ISNIN ).  Pendaftaran Murid Sesi Persekolahan 2014 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi bertempat di Dewan Sekolah bagi murid Tahun 2 - Tahun 6,  Kelas PKI dan Tahun Satu bertempat di Kelas Tahun Satu.  Lebih kurang 80% ibu bapa dan penjaga hadir menguruskan pendaftaran anak-anak.  Selepas mendaftar, mereka bergegas ke Kedai Sekolah untuk membeli buku, alat tulis dan lain-lain keperluan persekolahan.  Kerjasama guru SKGB sungguh memuaskan dalam proses pendaftaran dengan segala persiapan tempat,  borang-borang APDM, Sarana Ibu bapa, Jadual Harian dan sebagainya.  Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir.
  SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2014.

Sunday 29 December 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH ( JKS ) BIL 1/2014

AHAD 29 DISEMBER 2014.  Mesyuarat JKS kali pertama telah diadakan di BilikGaleri Gemilang bermula jam 9.30 pagi.  Majlis di pengerusikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB.  Mesyuarat berakhir pada jam 1.00 petang selepas menjamu selera dengan menu Nasi Berlauk.  Terima Kasih kepada semua guru yang hadir.

PENDAFTARAN MURID-MURID PRA SEKOLAH SKGB SESI 2014

Sesi pendaftaran murid-murid Pra sekolah SKGB telah diadakan padi hari Ahad 29 Disember 2013.  Pendaftaran dan kedatangan ibu bapa bermula pada jam 8.30 pagi.  Selepas itu satu Taklimat Ringkas yang disampaikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, diadakan di Dewan sekolah pada jam 9.00 pagi.  Lebih kurang 60 orang ibu bapa hadir pada majlis tersebut.  Selesai taklimat ibu bapa bergerak ke kelas Pra Al-Farabi dan Pra Al-Ghazali bagi sesi pendaftaran.  Majlis selesai pada jam 12.00 tengah hari.  Jawatan Kuasa Pra Sekolah yang terdiri daripada Puan Noor Amani Binti Sulong dan Puan Saliza Binti Mat Solai merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.  Tidak lupa kepada Puan Zalikha Binti Harun dan Puan Mardhiah binti Musa, PPM yang banyak membantu menjayakan aktiviti Pra Sekolah.

MESYUARAT GURU BIL 1 / 2014

Khamis 26 Disember 2013.  Semua guru Sekolah Kebangsaan Bong Badak telah berkumpul di bilik Galeri Gemilang bermula jam 9.40 pagi.  Mesyuarat guru Bil 1/2014 ini dipengerusikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB.  Beliau menyarankan agar semua guru meningkatkan kualiti Pendidikan dan Kepimpinan. 
Agenda mesyuarat:
  • Perutusan Pengerusi
  • Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Lepas
  • Perkara Berbangkit
  • Persiapan Sesi Persekolahan 2014
  • Visi Dan Misi KPM yang baru
  • PPPM (2013-2025)
  • Model Pelajar Negeri Terengganu Pasca 2020
  • Senarai Tugas Guru 2014
  • Laporan Pencapaian UPSR 2013
  • Makluman GPK
  • Hal-hal Lain
Mesyuarat berhenti rehat pada jam10.30 pagi.  Selepas rehat dengan menjamu selera hidangan menu Nasi berlauk,  mesyuarat disambung semula dan ditangguhkan pada jam 1.30 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Saturday 28 December 2013

TAKLIMAT OLEH ENCIK FAIZUL RAHMAN DARI YAPIEM

KHAMIS, 26 Disember 2013.  Satu taklimat ringkas yang bertajuk  
MEMBELI SYURGA DENGAN HARTA telah disampaikan oleh Encik Faizul Rahman dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia( YAPIEM ) pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Galeri Gemilang.  Antara pengisiannya beliau mengajak semua guru warga SKGB untuk melakukan ibadah sedekah melalui potongan gaji mengikut kemampuan masing-masing.  Semoga sedekah kita yang sedikit itu akan memberi pulangan yang lumayan di akhirat kelak. 





LADAP BIL 3/2013 ( PERANCANGAN STRATEGIK BERASASKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025)



Kursus LADAP kali ke 3 telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad 24 November 2013.  Kursus ini telah disertai oleh semua guru SK.Gong Badak dan dijalankan di bilik Galeri Gemilang bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang.  Puan Hajjah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar SK.Gong Badak telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Perancangan Strategik Berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.  Antara pengisian yang ditekankan ialah 3 Gelombang,  5 Aspirasi sistem, 6 Aspisasi Murid dan 9 Bidang Keutamaan yang terkandung dalam PP.Pendidikan.  Melalui pendedahan ini adalah diharapkan semua guru dapat membuat Perancangan strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi bagi tahun 2014 sebagaimana panduan yang telah disampaikan.  Kursus berhenti rehat pada jam 10.30 pagi.  Guru-guru menjamu selera dengan menu Nasi Berlauk dan Bubur Kacang.  

Pada Jam 11.00 pagi slot kedua bermula. Guru-guru telah diagihkan mengikut Panitia untuk berbincang dan merancang pelan Strategik, Taktikal dan Pelan Operasi.  Majlis tamat pada jam 1.30 petang.  Semoga kita mendapat manfaat dan keberkatan sepanjang kursus ini.