Social Icons

Sunday 30 June 2013

MESYUARAT PIBG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 13 SK GONG BADAK

Sabtu, 29 Jun 2013 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 telah diadakan di Dewan Sekolah.  Seramai lebih kurang 170 orang ibu bapa dan guru telah menghadiri mesyuarat yang dirasmikan oleh Y.M. Datuk Raja Arif Bin Raja Ali, Ketua Pengarah Biro Tatanegara.

Ibu bapa dan tetamu jemputan datang seawal jam 830 pagi.  Majlis bermula dengan bacaan doa yang disampaikan  oleh Y.M. Ustaz Syed Imran Faisal Bin Syed Ahmad.  Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB.  Selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG, Dr.Hashim Azmi Bin Hj. Che Noh.  Ketua Biro Tatanegara, Y.M Datuk Raja Arif Bin Raja Ali telah merasmikan majlis yang diserikan dengan acara persembahan oleh murid-murid PKI dan persembahan oleh Persatuan Nasyid sekolah.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung ucapan terima kasih kepada AJK PIBG SK Gong Badak kali ke 13 dan semua kakitangan SK Gong Badak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Tidak lupa kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan sokongan dan sumbangan usul-usul dan idea ke arah memantapkan lagi pencapaian dan kecemerlangan SKGN.  Wassalam.






MAJLIS SUMBANGAN PAKAIAN RAYA ANAK-ANAK YATIM DAERAH KUALA TERENGGANU

Khamis, 27 Jun 2013 - Seramai 10 orang anak-anak yatim dari tahun 3 dan tahun 6 telah menerima sumbangan pakaian raya dalam majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 535 orang anak-anak yatim daerah Kuala Terengganu.  Majlis yang diadakan di Dewan Kompleks Seri Iman telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Puan Suhaida dan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Hamidah telah mengiringi murid-murid sepanjang majlis berlangsung.




























PROGRAM BERSAMA KNORR

Selasa, 25 Jun 2013 - Murid-murid Tahun 2,3 dan 4 telah berkumpul di dewan sekolah  bermula jam 9.00 pagi bagi mendengar taklimat dan promosi bubur ayam Knorr sebagai pemakanan seimbang untuk sarapan pagi.  Murid-murid juga dapat merasa bubur dan menerima sample dari pihak penaja.

Nasihat pemakanan seimbang juga disampaikan oleh wakil penaja.  Murid-murid amat teruja mendengar taklimat di samping dapat bergambar dengan mascot jagung yang comel.  Puan Rudiana selaku setiausaha Bilik Rawatan bersama AJK telah menjayakan program.  Ribuan terima kasih diucapkan.



 Murid-murid sedang mendengar taklimat dari pihak penaja Knorr.








 Penyediaan bubur ayam Knorr untuk diedarkan kepada murid-murid.











Wednesday 26 June 2013

PELAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2013

Pada minggu pertama bulan Jun 2013, kumpulan guru bertugas menyambut kedatangan murid-murid di pintu hadapan sekolah.  Guru-guru akan bertugas mengikut kumpulan yang telah ditetapkan pada setiap minggu. 

Matlamat perlaksaan program guru penyayang ini adalah untuk mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid dengan keperluan semasa, menimbulkan rasa dihargai dan diterima dan mengurangkan kadar ponteng sekolah serta membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh semua warga sekolah.

Program ini juga selaras dengan slogan 'Guru Penyayang Murid Berkualiti".











PROGRAM KEM ELIT DAN MOTIVASI UPSR 2013

Pada 20 hingga 22 Jun 2013 (Khamis, Jumaat dan Sabtu) seramai 93 pelajar tahun 6 telah menyertai kem elit dan motivasi upsr 2013 yang diadakan di Scout Inn Resost, Kuala Terengganu.

Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah diisi dengan slot ceramah motivasi dan pendedahan teknik menjawab soalan oleh guru-guru pakar dalam lima mata pelajaran teras.  Penceramah terdiri daripada :
1. Puan Tun Azlina Binti Lokman@ Wan Lokman ( SAINS)
2. En. Mohd Zubir bin Abu Bakar (Sk Pulau Kerengga - B.MELAYU)
3. Puan Zaipah Khusiah binti Ismail (Sk Paloh - B.MELAYU)
4. En. Mohd Nazri bin Mohd Noor ( SK Batu Rakit - B.INGGERIS)
5. Puan Nor Afdzan binti Ahad ( B.INGGERIS)
6. YM, Tengku Hassan bin Che Ku Abd Rahman (SK Tengku Bariah - SAINS)
7. En Rosland bin Abdul Ghanu (SK Padang Mengkuang - MATEMATIK)
8. Tuan Haji Mat Ngah (Motivasi) 


Puan Hajjah Ramlah Binti Mohammad Nor berpesan kepada murid-murid yang akan menyertai
 kem elit.

Sesi pendaftaran di Scourt Inn bermula jam 1.00-230 petang pada hari Khamis.











Antara kemudahan yang disediakan di Scout Inn Resort adalah dewan seminar yang berhawa dingin, surau, dewan makan dan juga penginapan dorm berhawa dingin bagi pelajar lelaki dan perempuan.  Jawatankuasa UPSR mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Monday 24 June 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2014 DIBUKA

Permohonan kemasukan ke Prasekolah SKGB bagi sesi 2014 dibuka mulai 01 Julai 2013 sehingga 31 Julai 2013.  Borang permohonan boleh didapati di pejabat sekolah pada waktu pejabat. Permohonan ini dibuka kepada tuan/puan yang mempunyai anak berusia 6 dan 5 tahun pada tahun 2014.  Keputusan permohonan akan diketahui dan dimaklumkan dalam bulan Disember 2013....


MARILAH BERAMAI-RAMAI KE PRASEKOLAH.....

                          

Monday 17 June 2013

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Khamis 12 Jun 2013 - Pada pukul 730 pagi, semua murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh YM Ustaz Syed Imran Faisal Bin Syed Ahmad.

Ustaz menceritakan Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W ini berlaku pada 27 Rejab yang menceritakan sebelum Israj Mikraj, semasa Israk (perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa), semasa Mikraj (naik ke Hadharatul Qudus Menemui Allah) dan selepas Mikraj.

Secara kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj ini bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.  Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.  Peristiwa Israk Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaanNya.

Sebelum majlis berakhir, ustaz mengajukan soalan kuiz Israk Mikraj kepada murid.  Hadiah disediakan kepada murid yang berjaya.  Semoga majlis ini dapat memberikan ilmu manfaat kepada semua warga sekolah.

Sunday 16 June 2013

17 pelajar 5A UPBS 2

Ahad 15.6.2013 - Seramai 17 pelajar mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPBS 2 baru-baru ini.  Mereka terdiri dari kelas 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Rushd iaitu 14 orang dari kelas 6 Ibnu Sina dan 3 orang dari kelas 6 Ibnu Rushd.

Thursday 13 June 2013

PROGRAM PERJUMPAAN DAN TEMU MURNI IBU BAPA DAN PENJAGA MURID TAHUN 6

Khamis, 13 Jun 2013 - Pihak sekolah telah mengadakan Program Temu Murni bersama ibu bapa dan penjaga murid-murid tahun 6.  Seramai lebih kurang 100 orang ibu bapa hadir ke majlis yang diadakan di Dewan SK Gong Badak.

Objektif program:
* Mempertingkatkan kecaknaan ibu bapa/penjaga terhadap pelajaran anak-anak.
* Merangsang dan memberi motivasi terhadap pencapaian akademik dan sahsiah murid.
* Mempertingkatkan pencapaian murid dalam bilangan 5A, lulus semua mata pelajaran dan GPS sekolah.
* Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa / penjaga murid dan guru-guru SKGB dalam usaha membantu meningkatkan prestasi  murid.

Majlis yang  bermula pada jam 10.30pagi itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Dr.Hj.Hashim Azmi bin Hj.Che Noh.  Selepas menyampaikan ucaptama YDP telah menyampaikan hadiah kecemerlangan UPBS1 dan UPBS 2 kepada 17 orang murid yang memperolehi pencapaian 5A.  Murid-murid yang memperolehi  keputusan 4A,3A dan lulus semua matapelajaran juga turut menerima hadiah insentif.

Sebelum ibu bapa bergerak ke kelas masing-masing, murid-murid calon UPSR 2013 telah melafazkan AKU JANJI di hadapan guru dan ibu bapa masing-masing.  Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir menjayakan program.  Tidak lupa kepada Puan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru Jawatankuasa program yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya.