Social Icons

Sunday 20 July 2014

MEMBELI PAKAIAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

20 Julai 2014,Ahad- Jawatankuasa Kebajikan dan Tabung Sayang Disayang telah menganjurkan satu aktiviti membeli pakaian hari raya kepada anak-anak yatim Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Jawatankuasa telah membawa 23 orang anak yatim dari Pra sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6. Seramai 6 orang guru telah mengiringi anak-anak yatim untuk membeli pakaian raya mereka di Pusat Pakaian Hari-Hari Gong Badak.

Antara objektifnya ialah:
1. Meringankan beban anak-anak yatim yang terlibat
2. Membantu anak-anak yatim merasai kemeriahan berhari raya
3. Memberi peluang kepada orang ramai melakukan aktiviti amal.

Aktiviti membeli pakaian raya berjalan dengan lancar dan terpahat kegembiraan di wajah anak-anak yatim SKGB. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.





Saturday 19 July 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK 2014

19 Julai 2014, Sabtu- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak bagi tahun 2014.
Majlis bermula pada jam 9.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Basir bin Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus. Majlis turut dihadiri oleh En Hamid bin Yahya, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran,Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan En. Mustaffa bin Yusof, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda dan ucapan alu-aluan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Seterusnya, ucapan dari Dr.Hashim Azmi bin Che Nuh(Pengerusi Penaja PIBG).
Pemilihan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Ajk PIBG telah dipilih dan berjalan dengan lancar.
Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 tengahari.






Pendaftaran ibubapa dan guru

Ucapan Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar SK Gong Badak

Pengerusi Majlis Pn.Nor Ulfah binti Muda

Barisan Guru dan ibubapa yang hadir

Ucapan Pengerusi Penaja PIBG,DR Hashim Azmi bin Che Nuh

Barisan Tetamu Jemputan

Ucapan Yang Berbahagia Dato'Haji Basir bin Haji Ismail

Penyampaian cenderamata

Perlantikan AJK PIBG yang baru



MAJLIS KHATAM AL-QURAN

17 Julai 2014,Khamis- Jawantankuasa Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Sekolah Kebangsaan Gong Badak pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Juru khatam Al-Quran memimpin majlis khatam al-quran.
Antara objektifnya ialah:
1.  Memimpin kehidupan umat islam seluruhnya
2. Dapat mempelajari ilmu al-quran
3. Dapat mengetahui isi kandugan al-quran


Murid tahap 2 menyertai Majlis Khatam Al-Quran

Murid perempuan tahap 2 

Juru Khatam lelaki

Juru Khatam perempuan

Sunday 13 July 2014

MAJLIS TEMU MURNI BAGI MURID TAHUN 6

13 Julai 2014,Ahad- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah bekerjasama dengan Jawatan kuasa UPSR  mengadakan Majlis Temu Murni bagi murid-murid tahun 6 di dewan sekolah.
Majlis tersebut telah bermula pada jam 11.00 pagi dengan pendaftaran oleh ibubapa. Seterusnya, bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad.
Pembentangan program-program yang telah dijalankan dan yang akan dijalankan  telah disampaikan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak dalam ucapan beliau.
Antara program-program yang telah dijalankan seperti:
1. Solat Hajat
2. Motivasi berterusan
3. Majlis Temu Murni
 4.Kem Elit dan Halus
5. Kelas Tambahan

Antara program-program yang akan dijalankan ialah:
1. Solat Hajat Perdana
2. Persediaan Psikologi
3. Klinik UPSR
4. Program Motivasi
5. Bacaan Yasin dan Solat Dhuha

Penyampaian bantuan galakan kepada murid-murid yang mendapat keputusan 5A, 4A 1B, 3A 2B dan lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Pra Percubaan  turut diberikan.
Selesai penyampaian bantuan galakan, bacaan ikrar telah dilafazkan oleh murid tahun 6 yang diketuai oleh Muhammad  Akashah.
Pada jam 1.00 tengahari, semua ibubapa berjumpa dengan guru kelas untuk sesi temu murni.
Ucapan oleh Puan Guru Besar

Ibubapa yang turut hadir

Penyampaian Bantuan Galakan Pra Percubaan

Penyampaian Bantuan Galakkan Peperiksaan Pertengahan Tahun

Bacaan ikrar diketuai oleh Adik Muhammad Akashah

Murid tahun 6 sedang melafazkan ikrar

Sesi Temu Murni Kelas 6IS

Sesi Temu  Murni Kelas 6AD


Saturday 12 July 2014

PELANCARAN TABUNG SAYANG DI SAYANG

13 Julai 2014,Ahad- Jawatan Kuasa Induk Unit Kebajikan&Tabung Sayang Disayang Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah melancarkan Tabung Sayang Di Sayang di Tapak Perhimpunan.
Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.

Tabung Sayang Di Sayang telah ditubuhkan sejak tahun 2004 lagi. Hari ini masih lagi terlaksana Tabung Sayang Di Sayang. Banyak manfaat yang diperolehi daripada program ini. Tujuan penubuhan tabung ini ialah untuk membantu murid SKGB yang memerlukan bantuan. Selain daripada itu juga, menggalakkan murid-murid SKGB menderma dan menyumbangkan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Antara Objektif:
1. Menyediakan tabung khas untuk membantu murid yang mempunyai masalah kewangan.
2. Merancang program untuk mengutip sumbangan disamping meningkatkan keperihatan murid dan warga sekolah terhadap kabajikan.
3. Mengadakan lawatan dan memberi sumber sumbangan kepada murid yang kematian ibubapa.
4. Mewujudkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong di kalangan warga SKGB.
5. Dapat meyalurkan terus bantuan yang diterima khususnya dari pihak MAIDAM dan badan NGO kepada murid berkenaan.


Gimik Pelancaran oleh Puan Guru Besar

Ditandatangani oleh Puan Guru Besar

Penyelaras Jawatan Kuasa Induk Unit Kebajikan&Tabung Sayang Disayang

Sumbangan dari Puan Guru Besar

Lakonan dari murid tahun 3IS

Persembahan dari murid sempena gimik pelancaran

Ceramah bertajuk "Sedekah" disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali 

Lakonan situasi di Bazar Ramadhan




Wednesday 9 July 2014

KEMPEN SMART SALAM

10 Julai 2014,Khamis- Panitia Agama Islam SK Gong Badak telah menganjurkan Kempen Smart Salam sempena Bulan Ramadhan ini. Ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Tengku Marina binti Tengku Ismail.
Ceramah berkenaan berkaitan dengan adab-adab memberi salam,cara penyampaian dan menjawab salam dengan betul. Semua murid digalakkan banyak memberi salam kepada semua guru, kawan-kawan dan juga kakitangan SKGB terutama pada bulan ini.

Ceramah oleh Ustazah Tengku Nor Marina

Semua murid sedang mengikuti Kempen Smart Salam

BENGKEL MATEMATIK (BIJAK SIFIR)

9 Julai 2014,Rabu- Sebuah syarikat yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Bengkel Matematik (Bijak Sifir) di Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan Teknik ,formula menguasai sifir kepada murid-murid.
Antara objektif ialah untuk mengatasi kelemahan subjek matematik (SIFIR). Dengan mengikuti bengkel ini murid akan dapat menguasai sifir dengan mudah dan cepat.
Bengkel tersebut bermula pada jam 10.30 - 11.30 pagi bertempat di dewan SK Gong Badak.

Fasilitator

Murid yang terlibat mengikuti program

Pelbagai teknik dan formula yang telah disampaikan

PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF 2014



Pertandingan Kelas Kondusif diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan bilik darjah.  Selain itu ia juga dapat memupuk semangat gotong-royong dan menyemai rasa tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah sebagai tempat menuntut ilmu. Sehubungan itu, Jawatankuasa 3K telah mengadakan Pertandingan Kelas Kondusif bagi mewujudkan prasarana Bilik Darjah yang selesa untuk guru dan murid SKGB.  Pada hari Ahad 6 Julai yang lalu keputusan Pertandingan Kelas Kondusif bagi Bulan Jun telah diumumkan. Keputusannya pertandingan adalah seperti berikut:
TAHAP 1 Tempat Pertama Kelas 1 AD Guru Kelas: Puan Zakiah Bt Tawang

Tempat Kedua Kelas 3 IR Guru Kelas:  Puan Suwaibah
TAHAP 2 Tempat Pertama Kelas 5 IR Guru Kelas: Cik Rohana Yusoh

Tempat Kedua Kelas 5 AH Guru Kelas: Puan Zakiah Jusoh

Kelas 1 Abu Darda'

Kelas 3 Ibnu Rushd

Kelas 5 Ibnu Rushd

Kelas 5 Abu Hurairah

Penyelaras 3K

Saturday 5 July 2014

PROGRAM ANAKKU SAYANG

3 Julai 2014, Khamis- Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama AJK LINUS,PEMULIHAN dan Pendidikan Khas Integrasi berganding bahu menjalankan Program Anakku Sayang bagi semua murid Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas, bertempat di Bilik Galeri,SK Gong Badak. Program ini melibatkan semua guru dan ibubapa atau penjaga murid tersebut.

Antara objektif program tersebut ialah:
1. Ke arah membina modal insan yang celik 3M
2. Memulihkan murid-murid yang bermasalah dalam penguasaan 3M melalui Ceramah Keibubapaan.
3. Mewujudkan kerjasama dan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi mengatasi masalah murid pemulihan khas dan pendidikan kahs.

Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran ibubapa, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismail dan ucapan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Seterusnya, ceramah jemputan iaitu En.Sukni Hisham bin Umar,Ketua Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Khas&Sektor Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Majlis penyampaian hadiah kepada murid pemulihan khas dan pendidikan khas yang mempunyai potensi dalam pembelajaran. Seramai 13 orang murid yang menerima hadiah.
Ibubapa dan penjaga diberi peluang untuk berjumpa dan dengan guru-guru bagi sesi perbincangan tentang perkembangan anak mereka.
Program berakhir pada jam 10.30 pagi.



Pendaftaran Ibubapa atau penjaga

Jawatan kuasa pendaftaran

Dipengerusikan oleh Pn.Nor Ulfah binti Muda

Ucapan oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar SKGB

Penceramah jemputan,En.Sukni Hisham bin Umar

Penyampaian cendermata kepada penceramah

Penyampian hadiah kepada murid pemulihan khas dan pendidikan khas

Murid pemulihan khas dan pendidikan khas

Sesi perbincangan antara guru dan ibubapa