Social Icons

Wednesday 20 September 2017

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2017

21 September 2017, Jawatankuasa Perayaan SK Gong Badak telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2017 di dataran perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan koir lagu patriotik oleh unit beruniform masing-masing dan juga pertandingan pakaian beragam murid tahap 2. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.













LAWATAN PRA SEKOLAH

18 September 2017, Jawatankuasa Pra Sekolah SK Gong Badak telah mengadakan lawatan ke Noor Arfa Batik, Chendering dan A&W di Batu Burok. Seramai 50 orang murid Pra Sekolah dan 8 orang guru pengiring yang telah menyertai lawatan tersebut. Murid-murid telah didedahkan mewarna lukisan batik dan bermain bersama binatang. Antara objektif lawatan tersebut supaya mereka dapat mempelajari dan merasai pengalaman berada di luar kawasan sekolah.










MAJLIS RESTU ILMU CALON UPSR

8 September 2017, Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Restu Ilmu kepada semua murid tahun 6 bertempat di dataran perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Semua murid tahun 6 telah mendengar amanat dari ketua panitia masing-masing. Mereka juga telah diberi kata-kata semangat daripada tuan guru besar dan penyelaras UPSR. Mereka turut membaca ikrar dan memohon maaf dari semua guru SK Gong Badak. Semua guru mendoakan kejayaan anak-anak SKGB dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.












SOLAT HAJAT PERDANA

8 September 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Solat Hajat Perdana bagi semua murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Kehadiran ibubapa dan AJK PIBG amat membanggakan. Semoga anak-anak SKGB yang bakal menduduki peperiksaan akan dapat menjawab dengan tenang sepanjang pperiksaan tersebut.







Wednesday 13 September 2017

MAJLIS PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN 2017 PERINGKAT SEKOLAH

22 Ogos 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan kali ke 60 peringkat sekolah dengan tema Negeraku Sehati Sejiwa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu patriotik, pertandingan pakaian beragam bagi murid tahap 1 dan guru-guru.