Social Icons

Saturday 28 September 2013

PROGRAM PESTA TYPE 3 2013 DI MRSM

26 September 2013, Khamis - Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu telah mengadakan satu program PESTA TYPE 3 2013.  MRSM telah menjemput SKGB untuk menyertai program tersebut.  Seramai 20 orang murid tahun 5 Ibnu Sina menyertai program tersebut.  Pada jam 8.30 pagi, bas MRSM telah mengambil murid-murid SKGB ke pameran tersebut.  Sebanyak 5 buah sekolah telah terpilih untuk menyertai program tersebut.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang dunia sains dan inovasi.  Selain itu juga, murid-murid dibawa untuk melawat kawasan di sekitar MRSM.  Antaranya makmal sains, asrama, bilik guru dan juga prasana sekolah.

Semoga dengan progam seperti ini dapat  menyuntik semangat di kalangan murid untuk menyambung pelajaran ke MRSM.  Program berakhir pada jam 1.00 tengahari.


LDK BERSAMA PELAJAR MRSM








PENERIMA BANTUAN SERAGAM (BPS) BERUNIFORM MURID TAHUN 4

24 September 2013, Selasa - Perlaksanaan Bantuan Pakaian Seragam (BPS) untuk Pasukan Badan Beruniform dan sekolah bagi tahun 2013 diberikan kepada murid tahun 4 yang mendaftar di dalam sistem e KASIH sahaja. Program ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, Puan Radina Binti Yunus.

Bantuan ini telah disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Berikut senarai nama pelajar:

1. Muhamad Syahmi Taqiuddin Bin Hassim (4 Ibnu Rushd)
2. Nur Syafika Amira Binti Jusoh (4 Ibnu Rushd)
3. Wan Ahmad Danial Bin Wan Ahmad Raji (4 Abu Dardha)
4. Nadia Ilyana Binti Rosmahani ( 4 Abu Dardha)



Friday 27 September 2013

Tuesday 24 September 2013

TAKLIMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH MENENGAH HARIAN



25 SEPTEMBER 2013, RABU – Satu Taklimat Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Harian telah dijalankan kepada semua murid tahun 6. Ianya telah disampaikan oleh Puan Siti Arbaiyah binti Yusof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Pengisian yang telah disampaikan ialah tentang cara-cara untuk mengisi borang kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan juga Sekolah Menengah Harian secara online.Selain itu juga, soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanya tentang sekolah-sekolah yang berkenaan. 
Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi maklumat kepada murid-murid tentang sekolah yang dipilih oleh mereka supaya mereka tidak tersalah memilih sekolah yang dikehendaki. Diharapkan semua murid berjaya mendapat sekolah pilihan masing-masing.

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI BAHASA INGGERIS

24 SEPTEMBER 2013, SELASA – Satu program telah berjalan di dewan sekolah iaitu Program Ceramah Motivasi Bahasa Inggeris kepada murid-murid tahun 5 dan 6. Program ini telah dihadiri oleh Pusat Bahasa Puncak Jaya dan ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Norsyamimi Farhana binti Mat Kamir. Program ini berjalan dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pelbagai teknik telah diajar oleh pihak tersebut.  Tujuan program itu diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 5 dan 6 tentang penggunaan Bahasa Inggeris dan sebutan dengan betul.  

Pihak Pusat Bahasa Puncak Jaya telah menawarkan dua orang murid SKGB untuk mengikuti Program Bahasa Inggeris selama 6 bulan secara  percuma.  Diharapkan program ini dapat membuka peluang kepada murid-murid untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan teknik yang betul. 



     
Penceramah daripada Pusat Bahasa Puncak Jaya








             SESI SOAL JAWAB



SESI MENJAWAB SOALAN KUIZ





Hadiah bagi pemenang