Social Icons

Saturday 15 July 2017

PROGRAM BERSAMA MAJALAH KUNTUM DAN SI PINTAR

13 Julai 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah dikunjungi oleh pihak Majalah Kuntum pada jam 12.00 tengah hari di dewan sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti ucapan oleh Editor Majalah Kuntum, Kuiz dan Sesi Bergambar bersama Si Pintar. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana ianya akan menyuntik semangat murid-murid untuk memupuk sikap minat membaca.








LAWATAN PEMIMPIN MUDA KE PUSAT PEMULIHARAAN GAJAH

10 Julai 2017, Isnin - Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Pemimpin Muda telah bekerjasama menganjurkan lawatan ke Kenyir Elephant Conservation Village. Peserta terdiri daripada 70 orang pemimpin muda tahun 4 dan 5. Pada jam 9.30 pagi, peserta lawatan telah tiba dan diberi taklimat ringkas oleh pengurus program. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mendapat pengalaman menaiki jambatan gantung, bermesra dengan gajah, menaiki gajah, pertunjukkan gajah dan melihat bagaimana gajah mandi bersama-sama. Peserta dapat menimba ilmu tentang penjagaan serta pemeliharaan gajah. Semua peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan gajah. Pada jam 2.00 petang, bertolak pulang ke SK Gong Badak.










MAJLIS HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

6 Julai 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyambut Hari Raya Peringkat Sekolah dengan penuh meriah. Bermula jam 8.00 pagi, murid telah berkumpul di dewan bagi mendengar ucapan Tuan Guru Besar dan diikuti dengan jamuan raya. Seterusnya, pelbagai persembahan murid dan guru telah dihiburkan di dalam dewan sekolah. Majlis berjalan dengan jayanya dan semua warga SKGB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.






Sunday 2 July 2017

MAJLIS BERSALAMAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

22 Jun 2017, Perhimpunan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di dewan sekolah. En Md Nasir bin Embong, Penolong kanan pentadbiran telah menyampaikan amanat sebelum bercuti. Seterusnya, majlis bersalaman dan bermaaf-maafan murid dengan semua guru.





PENYAMPAIAN BARANG KEPERLUAN DAPUR

22 Jun 2017, Penyerahan barang keperluan dapur turut diberikan kepada murid dan ibubapa yang kurang berkemampuan. Diharap dengan sumbangan ini akan meringankan beban mereka.





PENYERAHAN PAKAIAN DAN DUIT RAYA SUMBANGAN JAKEL

22 Jun 2017, Segelintir murid yang kurang berkemampuan telah menerima pakaian yang telah disumbangkan oleh pihak Jakel. Ibubapa murid turut dijemput untuk menerima sumbangan tersebut.




MAJLIS KHATAM AL- QURAN

22 Jun 2017, Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan di dataran perhimpunan. Bacaan Al-Quran telah diketuai oleh murid-murid tahun 6 dan diikuti oleh semua murid.