Social Icons

Wednesday, 9 August 2017

KEJOHANAN TAEKWONDO

10 Ogos 2017, Adik Nurul Izzati dari kelas 6 Ibnu Rushd telah mendapat pingat perak dalam kejohanan Taekwondo yang diadakan di Kelantan. Tahniah.


PENYAMPAIAN HADIAH KEHADIRAN PENUH

10 Ogos 2017, Penyampaian hadiah kepada murid tahun 1 dan 2 yang kehadiran penuh dari bulan januari hingga mac. Ianya telah disempurnakan oleh Pn. Rairahayati binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Semoga menjadi galakan kepada semua murid untuk hadir ke sekolah.





PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK PPKI

9 Ogos 2017, Perlawanan persahabatan bola sepak 7 sebelah telah diadakan antara murid PPKI SK Gong Badak dan PPKI SK Padang Kemunting yang bertempat di padang SK Gong Badak.SK Gong Badak telah merangkul kejayaan dengan keputusan 9-0. Tahniah.








PERTANDINGAN PIDATO DAERAH KUALA NERUS

3 Ogos 2017, Adik Amni Fatehah dari kelas 6 Ibnu Sina telah berjaya mewakili daerah Kuala Nerus ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan tersebut yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh, Kemaman, Terengganu. Tahniah.






PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR KEPADA GURU DAN KAKITANGAN SKGB

Penyampaian hadiah hari lahir kepada semua guru dan kakitangan bagi bulan Julai yang telah disempurnakan oleh En Md Nasir bin Embong, Penolong Kanan Pentadbiran.






KUIZ BSMM

27 July 2017- Tahniah kepada Nurul Iffah binti Izwandy dari Kelas 6 Ibnu Sina telah mendapat tempat ke-4 bagi kategori sekolah rendah peringkat negeri.



Saturday, 15 July 2017

PROGRAM BERSAMA MAJALAH KUNTUM DAN SI PINTAR

13 Julai 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah dikunjungi oleh pihak Majalah Kuntum pada jam 12.00 tengah hari di dewan sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti ucapan oleh Editor Majalah Kuntum, Kuiz dan Sesi Bergambar bersama Si Pintar. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana ianya akan menyuntik semangat murid-murid untuk memupuk sikap minat membaca.








LAWATAN PEMIMPIN MUDA KE PUSAT PEMULIHARAAN GAJAH

10 Julai 2017, Isnin - Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Pemimpin Muda telah bekerjasama menganjurkan lawatan ke Kenyir Elephant Conservation Village. Peserta terdiri daripada 70 orang pemimpin muda tahun 4 dan 5. Pada jam 9.30 pagi, peserta lawatan telah tiba dan diberi taklimat ringkas oleh pengurus program. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mendapat pengalaman menaiki jambatan gantung, bermesra dengan gajah, menaiki gajah, pertunjukkan gajah dan melihat bagaimana gajah mandi bersama-sama. Peserta dapat menimba ilmu tentang penjagaan serta pemeliharaan gajah. Semua peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan gajah. Pada jam 2.00 petang, bertolak pulang ke SK Gong Badak.










MAJLIS HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

6 Julai 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyambut Hari Raya Peringkat Sekolah dengan penuh meriah. Bermula jam 8.00 pagi, murid telah berkumpul di dewan bagi mendengar ucapan Tuan Guru Besar dan diikuti dengan jamuan raya. Seterusnya, pelbagai persembahan murid dan guru telah dihiburkan di dalam dewan sekolah. Majlis berjalan dengan jayanya dan semua warga SKGB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.






Sunday, 2 July 2017

MAJLIS BERSALAMAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

22 Jun 2017, Perhimpunan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di dewan sekolah. En Md Nasir bin Embong, Penolong kanan pentadbiran telah menyampaikan amanat sebelum bercuti. Seterusnya, majlis bersalaman dan bermaaf-maafan murid dengan semua guru.





PENYAMPAIAN BARANG KEPERLUAN DAPUR

22 Jun 2017, Penyerahan barang keperluan dapur turut diberikan kepada murid dan ibubapa yang kurang berkemampuan. Diharap dengan sumbangan ini akan meringankan beban mereka.