Social Icons

Sunday 28 December 2014

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2015


28 Disember 2014, Ahad- Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi 2015 telah diadakan pada jam 8.45 pagi di Bilik Galeri, Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Semua guru telah menghadiri mesyuarat tersebut dan hanya beberapa orang guru yang tidak hadir ke mesyuarat tersebut.
Pelbagai agenda yang telah dibincangkan dan dipengerusikan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Diakhir mesyuarat tersebut telah diadakan penyampaian sijil penghantaran buku rekod kepada guru-guru dan sijil pengurusan kelas terbaik.
Mesyuarat berakhir pada jam 1.30 petang.









Wednesday 3 December 2014

KELAS ICT CUTI SEKOLAH 2014

23 Nov hingga 27 November 2014 , Ahad hingga Khamis - Kelas ICT Cuti Sekolah telah di adakan selama seminggu iaitu pada minggu pertama cuti persekolahan.  Murid yang terlibat adalah murid tahun 4 dan 5.  Kelas ICT telah di adakan di Makmal Komputer SKGB dengan menggunakan ebook dan juga chrome book.

Murid di dedahkan pembelajaran ICT dengan cara mendaftar akaun gmail dan juga membina blog.  Seramai 25 orang murid yang hadir di dalam kelas ICT ini.  Kelas ICT ini dikendalikan oleh Puan Rosma Suriati Binti Sidek(Pegawai Teknologi Maklumat (EIO))  yang juga sebagai tenaga pengajar kelas tersebut.

Program tamat dengan jayanya kerana setiap murid telah mempunyai blog personal sendiri.  Terima kasih diucapakan kepada pengendali program ini dan di harap program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang.



Thursday 27 November 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR 2014

26 November 2014, Rabu - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2014 telah diumumkan pada jam 10.30 pagi di Dewan Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Seramai 31 orang calon yang telah mendapat 5A dalam UPSR iaitu 23.48% dan 26 orang calon yang telah mendapat 4A 1B iaitu 19.70%. Keputusan Gred Purata Sekolah ialah 1.77 meningkat dari tahun lepas.
Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Puan Hamidah binti Abd Rashid dan ucapan oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis penyampaian keputusan telahpun disempurnakan oleh En Mahamad A'sim  bin Salleh wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Tahniah kepada semua calon UPSR yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan yang kurang berjaya teruskan usaha di masa akan datang.
Tahniah juga buat semua guru SKGB yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi kejayaan anak-anak didik di SKGB. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan.

Murid tahun 6 menunggu keputusan dengan penuh debaran

Penyampaian keputusan kepada calon yang mendapat 5A

Ucapan oleh Puan Guru Besar

31 orang calon yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR



JAMUAN AKHIR TAHUN PEMIMPIN MUDA SK GONG BADAK

19 November 2014, Rabu - Jawatankuasa Pemimpin Muda telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun di kantin sekolah. Jamuan akhir tahun ini telah dihadiri oleh 210 orang pemimpin muda Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang mana terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks.
Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Emran Faisal bin Sayed Ahmad selaku penyelaras Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah.
Seterusnya, ucapan perasmian oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin muda sekolah ini yang telah banyak memberi sumbangan kepada sekolah, penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa kerana dapat menjayakan majlis ini buat julung kalinya.


JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6 2014

18 November 2014, Selasa - Jawatankuasa UPSR Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah pada tahun hadapan. Semua guru dan murid dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut di Tabung Haji Hotel Kuala Terengganu.
Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu Pn.Maimun binti Taha. Seterusnya, ucapan yang telah disampaikan oleh penyelaras UPSR iaitu En Zahid dengan memberi kata-kata semangat kepada semua murid tahun 6. Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak turut memberikan ucapan kepada semua murid tahun 6.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari murid-murid tahun 6 khas untuk semua guru tahun 6 yang telah banyak berjasa kepada mereka.
Semoga semua murid tahun 6 akan terus berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun sahsiah.

Ucapan aluan oleh pengerusi majlis

Pelajar yang diraikan

Sebahagian guru tahun 6

Ucapan oleh wakil murid

Ucapan oleh penyelaras UPSR

Ucapan Puan Guru Besar

Pelajar menikmati hidangan

Pentadbir dan guru

Persembahan dari wakil murid tahun 6

Barisan murid tahun 6 SKGB

Murid bersama guru dan pentadbir

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK GONG BADAK 2014

18 November 2014, Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2014. Majlis telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu Pn.Nor Ulfah binti Muda dan En Mat Fadhil. Bacaan Al-Quran telah diperdengarkan oleh Adik Ahmad Shauqi dari kelas 5 Ibnu Sina dan bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad.
Majlis telah dirasmikan oleh Pn.Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Pelbagai anugerah telahpun disampaikan seperti Anugerah Matapelajaran Terbaik, Anugerah Kelas KAFA, Tokoh dan sebagainya.
Antara objektif program ini ialah:
1. Memberi penghargaan kepada murid yang berjaya agar terus cemerlang di masa akan datang.
2. Merapatkan hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibubapa.
Majlis telahpun berakhir pada jam 12.00 tengahari dan  berjalan lancar.

Pengerusi Majlis

Ucapan oleh Puan Guru Besar

Ibubapa yang turut memeriahkan majlis

Tokoh Olahragawati Sekolah

Tokoh Murid Perempuan Terbaik

Tokoh Olahragawan Sekolah

Tokoh Murid Lelaki Terbaik


Tuesday 25 November 2014

PERTANDINGAN ACTION SONG SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

15 November 2014, Sabtu- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Pertandingan Action Song yang mewakili Sekolah-Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2014. Pertandingan ini telah disertai oleh murid-murid tahun 3 dan dibimbing oleh Pn. Zaharah, Pn. Asmahani, Pn Fatin dan juga Pn. Azriana.
Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut dan tahniah kepada semua peserta dan guru yang telah terlibat dengan pertandingan ini.





KARNIVAL MEMANAH PERINGKAT NEGERI

16 November 2014, Ahad- Jawatankuasa Memanah Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjur Karnival Memanah Peringkat Negeri Terengganu. Karinival ini telah diadakan di Padang UNISZA dan disertai oleh 8 buah sekolah dari setiap daerah di Terengganu iaitu dari Sekolah Kebangsaan Batu 48 Dungun,Sekolah Kebangsaan Pisat Dungun, Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan Dato Razali Ismail, Sekolah Kebangsaan Bukit Setiu, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri Sungai Tong dan Sekolah Kebangsaan Merang Setiu.
 Antara peserta memanah ialah :-


1 Nurin Afiqah Bt Nazri  dari Sk Kompleks Seberang Takir
2 Najihah Bt. Abdul Aziz dari Sk Institut Perguruan Dato Razali Ismail
3 Puteri Damia Farahin Bt Mohd Faizal dari Sk Institut Perguruan Dato Razali Ismail
4 Nurul Izzah Bt Mazlan dari Sk Kampung Bukit, Setiu
5 Sufia Nabilah Bt Subarjo dari Sk Gong Badak
6 Sarah Nayli Bt. Mohd Kamal dari Sk Kampung Bukit, Setiu


Majlis Penutup dan Perasmian Hadiah telah dirasmikan oleh Dato Haji Basir bin Haji Ismial,Pengerusi Persatuan Memanah Terengganu merangkap Pegawai Pembangunan Kuala Nerus.


Peserta mengambil tempat

Penyelaras Kluster Memanah,En Khamarul Azwan

Peserta-peserta


Penerangan dari jurulatih sebelum pertandingan bermula

Sunday 23 November 2014

GRADUASI PRA SEKOLAH

16 November 2014, Ahad. Jawatan Kuasa Pra Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Graduasi kepada murid-murid Pra Sekolah. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan ucapan oleh Pn.Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh murid-murid pra sekolah.
Pelbagai anugerah telah diberikan kepada murid-murid pra sekolah. Antara objektif program ini ialah ingin memberi galakan kepada murid-murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.

Para Pentadbir dan ibubapa

Penyampaian anugerah

Persemabahan murid pra sekolah




MAJLIS PENYERAHAN KANTIN SEKOLAH

13 November 2014, Khamis. Majlis Penyerahan Kantin telah diadakan di kantin sekolah pada jam 3.00 petang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tn.Hj Mohd Nor dari Jabatan Pengangkuan Jalanraya, Pn Rushani Wakil  dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan juga Pn. Sabariah binti Ismail,Kontraktor yang terlibat.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Pn.Nor Ulfah binti Muda dan diikuti oleh ucapan Pn.Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Seterusnya, pemotongan riben dan menandatangani sijil penyerahan turut dijalankan. Bacaan doa telah dibaca oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah.
Majlis berakhir pada jam 4.00 petang.



Ucapan oleh Puan Guru Besar

Acara Pemotongan Riben

Menandatangani Sijil Penyerahan Oleh Wakil JPNT

Menandatangani Sijil Penyerahan oleh Wakil JKR

Jamuan turut disajikan