Social Icons

Sunday 31 August 2014

PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR MATEMATIK

1 September 2014, Ahad - Program Pecutan Akhir UPSR Matematik telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang telah disampaikan oleh En.Khamarul Azwan bin Mohd Nawi dan En.Azmi bin Yahya. Banyak tips dan formula telah disampaikan sepanjang program ini. Program ini telah disertai oleh murid tahun 6 Abu Hurairah dan 6 Abu Darda.
Antara objektifnya ialah:
1. Persediaan akhir untuk murid-murid bantu lulus (HALUS)
2. Perbincangan soalan-soalan percubaan negeri lain.
Semoga dengan program ini dapat membantu murid-murid untuk lulus dalam semua mata pelajaran.




PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR BAHASA INGGERIS

30 Ogos 2014, Sabtu- Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Program Pecutan Akhir UPSR Bahasa Inggeris untuk semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Program ini telah disampaikan oleh Puan Shakila Nirmala binti SPK Mohd Abdullah, Pegawai SASIC di Pejabat Pendidikan Daearh Muar.
Banyak tips yang telah diberikan kepada murid-murid tahun 6.
Semoga murid-murid mendapat ilmu yang telah disampaikan dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan terutama dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.




SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014

28 Ogos 2014,Khamis- Jawatankuasa Agama Islam dan Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Solat Hajat Perdana UPSR bagi tahun 2014 yang bertempat di Surau Ar Rahman, Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Iman jemputan yang telah mengetuai Solat Hajat Perdana UPSR 2014 dari Masjid Unisza.
Program ini telah bermula pada jam 7.00 malam dengan kehadiran ibubapa dan penjaga. Solat Maghrib telah diadakan secara berjemaah dan ucapan alu-aluan oleh En.Md Nasir bin Embong, Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Sambutan kehadiran ibubapa dan penjaga amat memberangsangkan dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Solat Hajat Perdana ini.









PROGRAM MOTIVASI SMARTSTUDY PECUTAN AKHIR MURID TAHUN 6

28 Ogog 2014, Khamis- Unit Jawatankuasa Bimbingan dan Kuanseling serta Unit Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Program Motivasi SmartStudy Pecutan Akhir bagi semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Gong Badak iaitu seramai 135 orang. Program ini telah disampaikan oleh Tuan Osman Affan, Pakar Motivasi SmartStudy consultant.
Program bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang di dewan sekolah. Beberapa slot telah disampaikan oleh Tuan Osman Affan antaranya ialah Kemahiran Belajar, Kemahiran Berkomunikasi dan sebagainya.

Antara objektif program ini diadakan ialah:
1. Memahami kepentingan mempunyai minda dan hati yang tenang menjelang peperiksaan.
2. Menguasai beberapa teknik belajar saat akhir seperti teknik untuk mudah ingat apa yang dipelajari dan teknik menguruskan masa menjelang peperiksaan.
3. Mengenalpasti beberapa persediaan fizikal dan mental yang perlu dilakukan menjelang peperiksaan agar tekanan perasaan dapat diminamakan.

Program ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang positif kepada semua murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 9,10 dan 11 September 2014.

Tuan Osman Affan,Pakar Motivasi

Murid tahun 6sedang mengikuti Program Motivasi

Sesi aktiviti sedang dijalankan


Calon UPSR 2014

Penyampaian cenderamata kepada Tuan Osman Affan

Solat Zohor berjemaah

Bersama pentadbir dan AJK program

Tuesday 26 August 2014

JEMPUTAN MENGHADIRI PAMERAN INOVASI 2014

26 Ogos 2014,Selasa- Institut Pendidikan Guru Kampus Dato'Razali Ismail telah menjemput Sekolah Kebangsaan Gong Badak untuk memeriahkan Pemeran Inovasi 2014 di Dewan Al-Farabi, IPG Kampus Dato' Razali Ismail.
Seramai 20 orang murid dari kelas 5 Ibnu Sina dan 2 orang guru pengiring iaitu Puan Nor Ulfah binti Muda dan YM.Tengku Normarina binti Tengku Ismail.
Pada jam 10.00 pagi, murid-murid diberi penerangan dan diadakan pertandingan semepna Pameran Inovasi.
Pada jam 12.00 tengahari, murid-murid dibawa pulang oleh bas yang telah disediakan.
Murid banyak mendapat pengetahuan tentang sains, matematik, agama dan lain-lain sepanjang lawatan tersebut.

Murid sedang menguji permainan Sains

Murid sedang mendengar taklimat

Pegawai yang bertugas

Pertandingan yang diadakan kepada murid

Penerangan kepada guru pengiring

LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

26 Ogos 2014, Selasa - Pegawai Perhubungan sekolah Encik Roslee bin Jalil dan Encik Abid bin Mohamamd, Pegawai daripada Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ke sekolah untuk berjumpa dengan calon-calon UPSR Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Banyak nasihat dan kata-kata semangat telah diberikan oleh beliau kepada anak-anak didik tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 9,10 dan 11 September ini.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan pegawai perhubungan sekolah tersebut.



Ucapan oleh En.Abid bin Mohamad 

Ucapan oleh En.Roslee bin Jalil 

Murid-murid tahun 6

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

25 Ogos 2014, Ahad. Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Tema Bulan Kemerdekaan tahun ini ialah "Disini lahirnya sebuah cinta". Antara program yang diadakan ialah Pertandingan Mewarna bagi Pra Sekolah dan Tahap 1.
Antara objektifnya ialah:
1) Memupuk semangat patriotik di kalangan murid
2) Memeriahkan lagi Bulan Kemerdekaan
3) Melahirkan individu yang berjiwa cintakan kepada negara

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, jalur gemilang dikibarkan di kawasan sekolah dan di dalam bilik darjah.
Selamat Menyambut Bulan Kemredekaan kali ke 57.

Pertandingan Mewarna Tahap 1

Murid sedang mewarna gambar sempena kemerdekaan

Aktiviti membuat Kolaj Jalur Gemilang oleh Murid Pra Al-Farabi 

Murid Pra Al-Ghazali 

Sunday 24 August 2014

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PERINGKAT NEGERI

21 Ogos 2014, Khamis- Seorang murid Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Pertandingan Melukis Poster Peringkat Negeri Terengganu yang telahpun berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Murid yang menyertai pertandingan tersebut ialah Adik Mohd Danial bin Sulaiman mewakili Daerah Kuala Terengganu.




HARI BERTEMU PELANGGAN

23 Ogos 2014, Sabtu- Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan yang bertempat di Pusat Dagangan Terengganu ,Kuala Terengganu.
Seorang murid Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak iaitu Adik Nor Syamizah Ibrahim telah dijemput mengadakan persembahan pada Hari Bertemu Pelanggan selama 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu.
4 orang guru pengiring telah mengiringi iaitu Puan Juliana, Pn.Zalina, Ustazah Rohana dan Puan Naemah.


PEMILIHAN BAKAT BARU SUKAN SKUASY OLEH MAJLIS SUKAN NEGERI

23 Ogos 2014, Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai pemilihan bakat baru Sukan Skuasy di Terengganu Equestrian Resort,(TER) Kuala Ibai. Seramai 57 orang yang berminat dan membuat uji bakat pada hari tersebut.


Wednesday 20 August 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADHAN

21 Ogos 2014, Khamis- Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sempena Program Ihya'Ramadhan telah diadakan pada jam 7.30 pagi, di Tapak Perhimpuanan. Hadiah telahpun disampaikan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Antara pertandingan yang diadakan ialah Tulisan Khat Tahap 1 dan 2, Smart Salam Tahap 1 dan 2,dan  Mewarna Tahap 1 dan Pra Sekolah.
Tahniah kepada semua pemenang.





MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA KEJOHANAN TAEKWANDO SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

21 Ogos 2014,Khamis- Seorang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak iaitu Adik Najwa Syafiqah dari kelas 5 Abu Hurairah telah menyertai Kejohanan Taekwando Sekolah sekolah Malaysia kali ke 3 pada 16 Ogos 2014 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Seramai 800 orang peserta telah menyertai kejohanan itu dari seluruh negara.
Adik Najwa Syafiqah telah mendapat pingat perak iaitu tempat kedua dalam kejohanan tersebut.
Tahniah diucapkan dan semoga Adik Najwa Syafiqah akan terus cemerlang dalam  arena sukan tersebut.




MURID BERSAMA ADABI

14 Ogos 2014, Khamis- Adabi merupakan syarikat yang bertanggungjawab mencipta, menghasil dan memasarkan produk di bawah penjenamaan Adabi. Ianya dikelola dan diterajui secara professional dan berpandu sepenuhnya terhadap produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran.
Syarikat tersebut telah mempromosikan jenama produk ADABI kepada semua murid-murid dari tahun 1 -6 dan juga murid Pendididkan Khas Integrasi. 
Syarikat tersebut telah memperkenalkan produk-produk mereka dengan memberi murid-murid merasa nasi goreng, kari ayam dan air sirap yang berjenama ADABI.
Persediaan dari Pihak Syarikat ADABI

Murid mendapatkan air dan makanan


Murid sedang menunggu makanan yang sedang diagihkan

Makanan yang dibekalkan

Kakitangan yang bertugas