Social Icons

Monday 20 October 2014

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK

16, 17 DAN 18 Oktober 2014, Jawatan kuasa Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform bagi semua murid tahun 6 Sk Gong Badak. Perkhemahan ini telah diadakan di padang sekolah.
Antara objektifnya ialah:
1. Memupuk sifat kerjasama antara guru pemimpin dan ahli unit-unit beruniform
2. Memupuk sifat kerjasama di kalangan ahli dan juga di kalangan ahli unit-unit yang lain
3. Melatih murid berdikari dan menepati masa
4. Mendisiplinkan diri serta menanam sifat keberanian kepada semua peserta
5. Memupuk sifat menghadapi cabaran dan rintangan serta berfikiran positif

Pelbagai program telah dijalankan di sepanjang perkhemahan tersebut. Antaranya ialah Latihan Kawad, Membina Istana Pasir, Pertandingan Memasak dan Malam Kebudayaan.
Program berjalan lancar dan menghadapi sedikit cabaran kerana khemah ditenggelami air kerana hujan yang turun agak lebat. Walau bagaimanapun, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik oleh guru-guru dan peserta perkhemahan.


Barisan Badan Beruniform

Barisan guru

Dirasmikan oleh En.Md.Nasir bin Embong

Ketua unit beruniform

Pertandingan memasak

Peserta Pendidikan Khas Integrasi

Solat berjemaah

Kawad kaki

Pertandingan Istana Pasir

Mendirikan khemah

Penyediaan makanan untuk peserta

PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

15 dan 16 Oktober 2014, Rabu dan Khamis - Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kuala Terengganu.Majlis telah dirasmikan oleh Encik Azahar bin Abu Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. 6 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan Dato Razali Ismail, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting dan Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Antara objektif program ini ialah:
a. meningkatkan bilangan dan pengunaan kosa kata dalam bidang Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
b. menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah dalam membinaa kosa kata dalam Bahasa Melayu
c. meningkatkan penguasaan dan pengembangan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
d. melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam penggunaan Bahasa Melayu.
Pertandingan ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada 1.30 tengahari.

Pertandingan Sahibba ini diadakan 2 pusingan. Antara pemenangnya ialah:
Tempat saguhati:
1. Nur Fitrah
2. Nor Afida Aliya
3. Nor Zahirah
4. Nor Zahirah
5. Intan Amani
6. Amirul Amin
7. Mohd Haziq
8. Aniqah Rushda
9. Nor Syahirah
10. Amran Hazim

Tempat Pertama(JOHAN)
Muhammad Syafiq Iman mendapat 308 mata dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1

Tempat Kedua (NAIB JOHAN)
Muhammad Haiqal Azri mendapat 306 mata dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak

Tempat Ketiga
Afiqah Ayuni mendapat 288 mata dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak.

Tahniah kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada semua peserta. Sekalung penghargaan kepada semua yang telah terlibat menjayakan program ini.

Perasmian oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu

Peserta pertandingan

Ketua Hakim Pertandingan, Pn.Hamidah binti Abd Rashid

Pusingan pertama

Pusingan Kedua


Penyampaian hadiah



KLINIK PENGENALAN SUKAN MEMANAH

8 dan 9 Oktober 2014, Rabu dan Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak bersama Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Terengganu telah menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Memanah yang bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Basir bin Haji Awang, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus.
Klinik Pengenalan Sukan Memanah ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 8 Oktober diadakan Majlis Perasmian manakala pada 9 Oktober diadakan bengkel dan juga "Mini Game" bagi semua peserta. Seramai 100 orang peserta telah menyertai Klinik Pengenalan Sukan Memanah ini yang terdiri dari murid tahun 1 hingga 5.
Antara objektif program ini ialah
1. Memperkenalkan sukan memanah kepada murid SKGB
2. Mencari bakat-bakat baru dalam sukan memanah
3. Memperkasakan sukan memanah
4. Menjalinkan hubungan baik antara pihak sekolah dengan Majlis Sukan Negera(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).
Semoga dengan perlaksanaan program ini dapat mencari bakat - bakat baru dalam sukan memanah kerana sukan memanah ini adalah salah  sebuah bidang sukan yang boleh merangsang minda dan membentuk akal yang cerdas.


Klinik Pengenalan Sukan  Memanah

Ucapan Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB

Ucapan Perasmian oleh Dato Hj.Basir

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah

Gimik perasmian

Menandatangani buku pelawat

Penyampaian cenderamata kepada Dato Haji Basir

Kursus yang diberikan kepada peserta

Pemilihan peserta


Ahli Jawatan kuasa yang terlibat


Saturday 11 October 2014

KEM BESTARI SOLAT J-QAF PENDIDIKAN KHAS

9 Oktober 2014  -  Kem Bestari Solat J-QAF Pendidikan Khas Peringkat Negeri Terengganu, bertarikh
9-11 Oktober 2014 bertempat di SMK Ibrahim Fikri Kuala Terengganu.  Seramai 6 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi telah terlibat iaitu:

1. Muhammad Hisham Hakimi bin Dorormae
2. Muhammad Haiqal bin Mohd Rhapi
3. Muhammad Amierul Irwan Hakim bin Mohd Azmi
4. Amirul Hamizan bin Mahmood
5. Intan Nursyuhada binti Johari
6. Nor Syamizah binti Ibrahim

Diiringi oleh guru j-Qaf Pendidikan Khas, Puan Rohana binti Nor.  Setiap program kem, guru-guru PPKI SKGB bergilir-gilir mengiringi murid.

Objektif Kem Bestari:

1. Memantapkan ilmu kemsyarakatan, ilmu agama dan tegas diri dalam kalangan murid sekolah rendah negeri terengganu.

2. Memberi peluang kepada murid bagi meningkatkan potensi diri selaras dengan hukum agama.

3. Meningkatkan keyakinan diri, semangat juang dan daya saing murid dalam aktiviti yang dianjurkan.






Wednesday 8 October 2014

PROGRAM MOTIVASI DIRI TAHUN 4 DAN 5

7 Oktober 2014, Selasa. En Shamsi bin Shamsuddin dari Intelligent Mission telah hadir untuk menyampaikan Ceramah Motivasi kepada semua murid tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Tajuk yang disampaikan ialah "Motivasi Diri Pencetus Kecemerlangan".
Antara objektif ialah memberi motivasi dan persiapan untuk murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2015 dan 2016.
Diharap semua murid mendapat pengetahuan dengan mengikuti program tersebut.

En.Shamsi bin Shamsuddin

Murid tahun 4&5

Sesi bersalaman dengan guru

Motivasi bertajuk Motivasi Diri Pencetus Kecemerlangan

Guru-guru pengiring

Wednesday 1 October 2014

CERAMAH PEMBUGARAN OLEH GURU BIMBINGAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING

28 September 2014, Ahad- Guru Bimbingan Kaunseling Puan Nor Ulfah binti Muda telah memberi Ceramah Pembugaran Emosi kepada murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting. Ceramah tersebut telah disampaikan pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang.
Antara objektif ialah menaikkan kembali semangat pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR setelah perlu mengulangi kertas peperiksaan Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Semoga semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.






CERAMAH PEMBUGARAN EMOSI PELAJAR UPSR 2014

28 September 2014, Ahad- 2 orang guru kaunseling dari Sekolah Kebangsaan Komplek Gong Badak telah memberi Ceramah Pembugaran Emosi kepada pelajar UPSR Sekolah Kebangsaan Gong Badak.Pn. Zainun binti Mustapa telah memberi ceramah tentang semangat untuk menghadapi UPSR yang bakal dihadapi pada 30 september dan 9 Oktober nanti.
Ceramah tersebut bermula pada jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi yang bertempat di Surau Sekolah Kebangsaan Gong Badak.



HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

24 September 2014,Rabu- Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada jam 10.30 pagi.
Penyelaras Susu iaitu Pn.Zakiah binti Jusoh telah berada di Sekolah Kebangsaan Seri Berang yang telah dirasmikan oleh Encik Ngah bin Bidin. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti membina monumen daripada kotak-kotak susu.