Social Icons

Sunday 31 July 2016

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 5

28 Julai 2016, Khamis - Murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengikuti Program Motivasi bagi persediaan menghadapi peperiksaan pada tahun hadapan. Motivasi telah disampaikan oleh En Shamsi bin Hj Shamsuddin, Pegawai Pembangunan Akademik dari Intelligent Mission.
Semoga murid-murid tahun 5 dapat bersedia dengan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.






LAWATAN KE BESUT MURID TAHUN 6

25 Julai 2016, Isnin - Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Lawatan ke SM Imtiaz Besut dan Madrasah Moden. Ianya bertujuan untuk mengetahui peluang dan cara kemasukan ke sekolah tersebut. Pelbagai info menarik yang telah diperolehi.
Setelah selesai melawat kedua-dua buah sekolah tersebut, mereka dibawa rehat minda di Giant Hypermarket Jerteh yang baru berusia tidak sampai sebulan.
Ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana telah melayan kami dengan penuh mesra sepanjang berada di sana serta menyediakan cenderamata untuk sekolah kami.
Semoga dengan lawatan sebegini dapat membuka peluang dan memberi semangat kepada calon-calon UPSR untuk memohon ke sekolah tersebut.
















MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LINUS 2.0 T-CARE

21 Julai 2016, Khamis - Jawatankuasa LINUS serta Panitia Bahasa Inggeris telah melancarkan Majlis Pelancaran Program LINUS 2.0 T-CARE. Ianya bermula pada jam 7.30 pagi yang bertempat di Dataran Madani, SK Gong Badak.
Program tersebut bertujuan membantu murid menguasai K1 hingga K12 bagi tahun 3 untuk Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid tahun 3 telah melepasi semua konstruk kecuali Bahasa Inggeris seramai 13 orang yang hanya sampai ke tahap K5 sahaja. Mereka juga akan dibimbing oleh mentor masing-masing.
Semoga dengan program sebegini murid dapat melepasi hingga K12 atas kecaknaan guru-guru dan tidak defisit pembelajaran. Laporan kemajuan program ini juga akan dihantar setiap minggu kepada Pejabat Pendidikan Dearah.














Monday 18 July 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

14 Julai 2016, Khamis - Semua sekolah telah meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitiri Peringkat Sekolah bagi tahun 2016. Acara telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan ucapan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Pelbagai persembahan yang telah disampaikan oleh murid-murid SK Gong Badak.
Pada jam 10.00 pagi, semua guru dan murid menikmati jamuan dan beramah mesra.
Majlis telah dikunjungi oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.















Friday 15 July 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

30 Jun 2016, Panitia Pendidikan Islam SK Gong Badak telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah yang bertempat di Dewan Sekolah.
Beberapa orang murid tahap 2 telah menyertai program tersebut. Selain itu, penyampaian hadiah murid mithali juga telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.
Antara tujuan program tersebut ialah:
1. Menggalakkan murid membaca Al-Quran
2. Mendalami isi kandungan Al-Quran
3. Memperingati murid dan guru pencipta Al-Quran







PERSIAPAN RAYA ANAK-ANAK YATIM

28 Jun 2016, Jawatankuasa Kebajikan Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah membawa anak-anak yatim untuk membeli pakaian dan kasut sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.
Seramai 32 orang anak yatim yang terlibat selesai membeli pakaian dan kasut raya dengan gembira.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah memberi sumbangan kepada anak-anak yatim. Semoga hari raya mereka disambut dengan riang.