Social Icons

Monday 5 September 2016

HARI PERTAMA PEPERIKSAAN UPSR

5 September 2016, Isnin - Hari ini merupakan hari yang penuh debaran buat guru-guru dan murid-murid tahun 6 yang akan menjawab peperiksaan mulai hari ini hingga khamis.
Semua guru, ibubapa dan murid tahun 6 telah bersama-sama menunaikan solat hajat dan mengiringi murid-murid ke dewan peperiksaan.
Semoga iringan doa guru-guru dan ibubapa dimakbulkan dan semoga murid-murid tahun 6 mendapat ketenangan sepanjang hari peperiksaan. Insya Allah.





MAJLIS RESTU ILMU CALON UPSR

4 September 2016, Ahad - Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu kepada calon-calon UPSR yang bertempat di tapak perhimpunan.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan ucapan ketua setiap panitia, diikuti dengan ucapan ketua murid, bacaan ikrar, ucapan tuan guru besar dan majlis bersalaman dengan semua guru.
Semoga calon-calon UPSR SKGB beroleh kejayaan dan semua guru merestui ilmu yang telah diberikan.















Friday 2 September 2016

SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA UPSR

1 September 2016, Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Solat Hajat Perdana bagi murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi Peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Kehadiran guru dan ibubapa amat memuaskan dengan diimankan oleh Ustaz Miar Izzuddin bin Miar Lob.
Majlis bermula pada jam 7.00 petang dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar, Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Isyak berjemaah.
Semoga murid-murid tahun 6 memperolehi kejayaan dan dipermudahkan sepanjang hari peperiksaan.











PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA HARI KEBANGSAAN

1 September 2016, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Pertandingan Pakaian Beragam yang terbuka kepada semua murid Pra Sekolah, Tahun 1-3. Mereka telah memperagakan pakaian-pakaian yang telah dijahit menggunakan bendera Malaysia mengikut kreativiti sendiri.
Pelbagai ragam dan gelagat yang telah ditunjukkan. Tahniah kepada semua peserta kerana mereka berani tampil ke hadapan dan semangat cintakan negara.






KARNIVAL BAHASA MELAYU SKK PERINGKAT KEBANGSAAN

Pasukan Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Karnival Bahasa Melayu SKK Peringkat Kebangsaan yang bertempat di ST Agnes, Kota Kinabalu, Sabah. Mereka telah menyertai pertandingan Syair, Bercerita dan pantun.
Adik Adwa Nafail dari kelas 3 Ibnu Sina telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan syair. Tahniah kepada adik Adwa Nafail dan kepada semua peserta.




TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS

26 Ogos 2016, Jumaat - Murid tahun 6 telah diberi pendedahan tentang teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris yang bertempat di Dewan Utama, Institut Latihan Perindustrian, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan kolaborasi 3 buah sekolah bersama dengan SK Tok Jembal dan juga SK Kompleks Gong Badak. Teknik ini telah disampaikan oleh Pn Siti Shakilah Nirmala binti Abdullah, SISC+ , PPD Tangkak, Johor.
Semoga apa yang telah disampaikan oleh penceramah dapat dimanfaatkan oleh calon-calon UPSR dan memperolehi keputusan yang cemerlang.






I

CERAMAH BERSAMA AXIATA FOUNDATION

22 Ogos 2016, murid-murid tahun 5 dan 6 telah mendapat pendedahan oleh Pihak Axiata Foundation tentang kemasukan ke Kolej Yayasan Saat, Melaka. Mereka diberi maklumat dan cara bagaimana ingin memohon ke kolej tersebut.