Social Icons

Sunday 16 August 2015

PROGRAM REHAT MINDA MURID TAHUN 6

16 Ogos 2015, Ahad - Unit Bimbingan dan Kuanseling serta jawatan kuasa UPSR telah mengadakan Program Rehat Minda bagi semua murid tahun 6 di Terengganu Equiestrian Resort(TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu, yang bertujuan merehatkan dan menenangkan minda murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Seramai 128 orang murid tahun 6 yang mengikuti program tersebut dan seramai 20 orang guru tahun 6 mengiringi murid sepanjang program tersebut.
Kami telah bertolak dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak pada jam 9.30 pagi dengan menaiki 3 buah bas.Murid-murid diberi taklimat sejurus tiba di TER oleh En.Abdul Halim. Selain itu, mereka juga diajar cara-cara membersihkan berkomunikasi dengan kuda.
Seterusnya, murid-murid diberi peluang bermain bowling yang mana murid diberi kumpulan dan bertanding sesama sendiri. Pada jam 12.30 tengah hari, murid dan guru menikmati jamuan tengah hari bersama-sama.
 Pada jam 1.30 petang, bertolak balik ke sekolah. Diharapkan hasail dari program tersebut, murid-murid tahun 6 mendapat pengalaman dan dapat menyuntik semangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti.


Murid diberi taklimat oleh penyelaras UPSR

Murid menaiki bas ke TER

Murid diberi penerangan oleh En.abd Halim

Taklimat disampaikan oleh En.Abd Halim

Petugas menunjukkan cara-cara membersih kuda

Murid mengambil peluang belajar cara membersih kuda

Murid diberi peluang menunggang kuda

Jamuan tengah hari

Add caption

Tuesday 11 August 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA MURID PEMULIHAN

9 Ogos 2015, Ahad - Jawatankuasa Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Gong Badak telahpun mengadakan Majlis Penyampaian hadiah kepada 5 murid pemulihan yang telah melepasi ujian pemulihan dan berjaya mengikuti kelas aliran perdana. Mereka terdiri daripada:
1. Aidiel ashraf bin Ahmad Zamry
2. Alif Haqeem bin Abd Salleh
3. Muhammad Syazmir bin Ahmad Tabri
4. Wan Nur Ain Syahira binti Wan Zamzahidan
5. Nur Ain Hazirah binti Rohim

Guru Pemulihan membimbing murid membaca petikan cerita

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya

Murid yang menerima hadiah


PERTANDINGAN MTQ PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

28 Julai 2015, Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar seorang murid dari Pendidikan Khas Integrasi ke pertandingan MTQ di Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering, Kuala Terengganu. Murid yang terlibat ialah Adik Nor Syamizah Ibrahim dan beliau telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Tahniah dan syabas kepada murid tersebut dan semoga terus berjaya di masa akan datang.


Friday 7 August 2015

MAJLIS TEMU MURNI DAN MOTIVASI TAHUN 6

6 Ogos 2015, Khamis - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Temu Murni dan Motivasi bagi murid tahun 6. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan dipengerusikan oleh Pn. Zakiah binti Jusoh. Majlis diteruskan dengan ucapan tuan guru besar, En Kamal bin Abdullah. Beliau memaklumkan pelbagai program yang akan dijalankan sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR termasuklah Pecutan Akhir Menjelang 40 Hari UPSR, Motivasi Berterusan, REHLAH dan sebagainya.
Motivasi telah disampaikan oleh Tn.Hj.Ahmad Kamal bin Abdullah, yang bertajuk "Kemenjadian Murid Tanggungjawab Bersama".
Seterusnya, penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid yang mendapat 5A, 4A 1 B, 3A dan lulus semua matapelajaran telahpun disampaikan oleh tuan guru besar.Tahniah kepada semua murid yang berjaya.
Majlis temu murni telah dijalankan selepas selesai majlis tersebut di kelas masing-masing untuk memberi peluang kepada ibubapa berjumpa dan bertanya tentang pelajaran anak-anak mereka bersama guru kelas masing-masing.
Majlis berakhir pada jam 1.00 petang.


Pendaftaran ibubapa

Murid mendaftar bersama ibubapa

Kehadiran ibubapa murid tahun 6

Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis

Ucapan oleh Guru Besar

Motivasi yang disampaikan oleh Tn.Hj.Ahmad Kamal

Sesi motivasi

Temu murni dengan guru kelas masing-masing