Social Icons

Wednesday 18 May 2016

PROGRAM IBRAH MAJLIS GURU BESAR KUALA NERUS


17 Mei 2016, Selasa - Program Ibrah Majlis Guru Besar Kuala Nerus telah berjalan dengan lancar yang telah dihadiri oleh Tn Hj Aznordin bin Jahan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.
Program bermula pada jam 7.45 pagi yang bertempat di Surau Ar Rahman, Sk Gong Badak. Beliau turut memberi tips berkaitan persediaan menjelang peperiksaan kepada semua calon UPSR SKGB. Beliau juga tidak lupa memberi kata-kata perangsang dan berharap SKGB terus cemerlang serta ramai calon yang mendapat 6A dalam UPSR nanti. InsyaAllah.







MAJLIS JAMUAN HARI GURU DAN PERTUKARAN GURU

16 Mei 2016, Isnin - Kelab Guru dan Jawatankuasa Perayaan telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Guru dan meraikan guru-guru yang bertukar ke sekolah lain bertempat di Sutera Beach Resort, Merang,Terengganu.
Guru-guru telah diraikan dengan hidangan "Hi-Tea" dalam mengenang jasa dan pengorbanan yang tidak jemu-jemu mengajar murid-murid di SKGB. Majlis turut memberi peluang kepada guru-guru yang bertukar menyampaikan ucapan.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kepada guru yang bertukar semoga terus cemerlang di tempat baru demi mendidik anak bangsa.

















MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

16 Mei 2016, Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2016 yang bertempat di Dataran Madani SKGB. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Tuan Haji Jelani bin Sulong, Pegawai Pendidikan  Daerah Kuala Terengganu dan turut merasmikan majlis tersebut.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sempena sambutan tersebut antaranya, sukaneka guru, persembahan dari murid dan sebagainya. Semua guru SKGB telah menunjukkan sikap keserakanan yang gitu dengan mengenakan pakaian "Back To School".
Warga SKGB juga turut menerima berita yang gembira sempena hari guru iaiu menerima hadiah sumbangan berupa wang tunai bernilai RM5000 oleh pihak Giant Hypermarket kepada sekolah dengan tujuan pembaikian insfrastuktur dan telah disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar Giant Wilayah Timur. SKGB juga turut dihadiahkan kek sempena hari guru daripada YAB Menteri Besar Terengganu dan Pihak Giant Hypermarket.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan diharapkan SKGB dan guru-guru terus cemerlang untuk membina serta melahirkan murid yang berilmu,bermotivasi tinggi dan berakhlak mulia.
"Selamat Hari Guru. Terima Kasih, Cikgu"























Saturday 14 May 2016

KEM LESTARI KECEMERLANGAN UPSR SIRI 1/2016

12-14 Mei 2016, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Kem Lestari Kecemerlangan UPSR Siri 1 yang ditaja oleh Yayasan Bakti Negara. Kem tersebut telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.
Seramai 40 orang murid yang terpilih telah mengikut kem tersebut dengan 8 slot mata pelajaran dan menjemput fasilitator yang sangat berpengalaman.
Antara objektif kem tersebut ialah:
1. Mendedahkan murid tahun 6 dengan format yang baru
2. Memberi pengalaman kepada murid belajar dalam suasana yang berbeza
3. Memberi semangat kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR
Kem tersebut telah berjalan dengan lancar dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Khairi bin Mohd Noor, Timbalan Pegawai  Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Pihak sekolah mengucapkan sekalung penghargaan tahniah dan terima kasih kepada pihak menaja dan semua yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut.