Social Icons

Monday 23 January 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA

19Januari 2017, Khamis - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa yang melibatkan semua murid SK Gong Badak dari PKI, Pra Sekolah, Tahun 1 hingga 6. Ianya telah dirasmikan oleh Dr.Hj Hashim Azmi bin Hj Che Noh, YDP PIBG SK Gong Badak.
Kejohanan ini telah berjalan lancar dan terserlah kesungguhan semua murid SKGB.














MAJLIS LETAK KERJA UPSR 2017

18 Januari 2017, Rabu - Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan Kaunseling telah mengadakan Majlis Letak Kerja UPSR bagi tahun 2017. Majlis telah bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran, bacaan yasin,solat hajat dan Solat Dhuha. Majlis telah dirasmikan oleh Dr Hj Hashim Azmi bin Hj Che Noh, YDP PIBG SK Gong Badak.
Seterusnya, taklimat UPSR telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Kamal bin Abdullah. Ceramah Keibubapaan juga turut diadakan pada hari tersebut yang telah disampaikan oleh En Shamsi bin Hj Shamsuddin dari Intelligent Mission.
Majlis telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari.













Saturday 14 January 2017

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

12 Januari 2017, Khamis - Jawatankuasa Tahun 1 telah mengadakan Majlis Penutup bagi Program Transisi Tahun 1 bagi Tahun 2017 di dewan sekolah yang bermula pada jam 11.00 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar SK Gong Badak dan penyampaian cenderahati kepada semua murid tahun 1.





CERAMAH PENJAGAAN DIRI MURID TAHUN 1

11 Januari 2017, Rabu - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan ceramah kepada semua murid tahun 1 seramai 123 orang yang bertempat di dewan sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Hasnida binti Hussin dari Unit Perkhimatan Kesihatan Sekolah, Klinik Kesihatan Seberang Takir. Murid tahun 1 telah didedahkan tentang penjagaan diri termasuklah badan, rambut dan gigi.







MOTIVASI MURID TAHUN 6

9 Januari 2017, Isnin - Motivasi tahun 6 telah disampaikan oleh En Abdul Subhan kepada semua murid tahun 6 di dewan SK Gong Badak.




MAJLIS TRANSISI TAHUN 1

1 Januari 2017, Ahad - Jawatankuasa Tahun 1 telah mengadakan Majlis Transisi Tahun 1 kepada semua ibubapa tahun 1 bagi tahun 2017. Transisi akan dijalankan selama 2 minggu kepada semua murid tahun 1. Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Nor Ulfah binti Muda, Guru Bimbingan dan Tuan Guru Besar telah memberikan ucapan dalam majlis tersebut.