Social Icons

Kata Aluan

Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Gong Badak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayah dan limpah kurniaNya kita masih diberi peluang  meneruskan agenda pendidikan pada tahun 2014 ini. Selamat bertugas kembali kepada seluruh warga SK Gong Badak dan selamat datang kepada yang baru memulakan tugas di sekolah ini.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan staf sokongan sekolah atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang sesi persekolahan tahun 2013.Tahun 2014 menjelang tiba.Marilah kita perbaharui azam,tekad dan iltizam untuk melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab  dengan ikhlas semata-mata mengharapkan redaNya.
Kita terlibat secara langsung dalam membentukan modal insan sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-2025). Justeru untuk melaksanakan tugas ini ,kita perlulah menghayati hasrat PPPM dan Falsafah Pendidikan Negara.Jadikanlah Al Quran dan Hadith sebagai rujukan dan pedoman dalam melaksanakan tugas yang mencabar ini,agar kita tidak tersasar dari landasanNya.Setiap orang perlu melakukan perubahan dan membuat Anjakan Paradigma.Janganlah penjarakan diri dalam zon selesa dan lakukan perubahan sebagaimana yang dituntut.Didiklah anak-anak kita mengikut zamannya.
Budaya kerja berpasukan perlulah dimantapkan untuk mencapai visi dan misi sekolah.Setiap orang adalah penting,unik,berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Gunalah kekuatan yang ada pada diri masing-masing untuk memberi manafaat kepada diri sendiri dan orang disekeliling kita.Sumbangan kalian adalah penting untuk menjadikan sekolah ini lebih cemerlang,gemilang dan terbilang. Amalkan budaya hidup memberi dan tidak suka meminta-minta.Hulurkan khidmat dengan ikhlas supaya ianya tidak menjadi sia-sia di sisiNya.Tangan yang di atas adalah lebih mulia daripada tangan yang dibawah..Kalau tak dipecahkan ruyong,manakan dapat sagunya.Kejayaan dunia dan akhirat,itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki….Sekian, selamat bertugas dan wassalam.
“Guru penyayang,murid berkualiti”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

HJH RAMLAH BT MOHAMAD NOOR
GURU BESAR
SK GONG BADAK