Social Icons

Tuesday 28 January 2014

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2014

Ahad,26 Januari 2014. Badan Disiplin dan Pengawas serta Unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan satu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas bagi tahun 2014 yang telah dirasmikan oleh Lans Koperal Mohd Zareen bin Abd Rahman dari Balai Polis Gong Badak,Kuala Terengganu.

Seramai 76 orang Pengawas Sekolah, 75 orang Pengawas Pusat Sumber, 28 orang Pembimbing Rakan Sebaya dan 24 orang Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks.

Antara objektif Majlis ini diadakan adalah

1. Memberi pengiktirafan kepada pengawas agar sentiasa dihargai

2. Memberikan pendedahan kepada pengawas berkaitan perjalanan pengurusan majlis

3. Menimbulkan rasa tanggungjawab menjalankan tugas melalui pengiktirafan ini.

Adalah diharapkan agar Majlis Watikah Perlantikan Pengawas ini akan memberi suntikan semangat kepada pengawas untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi memastikan Sekolah Kebangsaan Gong Badak mencapai disiplin sifar.














Monday 27 January 2014

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DAN MAJLIS TEMU MURNI 2014

Selasa, 28 Januari 2014. Sekolah kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Penyerahan bantuan Awal Persekolahan dan Majlis Temu Murni bagi tahun 2014. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi. Semua ibu bapa dan penjaga berkumpul di dalam dewan.

Majlis penyerahan bantuan awal persekolah tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah kebangsaan Gong Badak iaitu Dr.Hj. Hashim Azmi bin Hj. Che. Nuh untuk murid tahun 6. Bagi murid tahun 1 hingga 5, semua ibubapa dan penjaga telah mengambil bantuan tersebut dengan guru kelas masing-masing dan sekaligus mendapatkan keputusan peperikaan bagi anak-anak mereka.

Objektif sebenar pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.

Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Warga SKGB atas kerjasama yang diberi dalam memastikan kelancaran program tersebut. Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu, pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengannya,

InsyaAllah.














PROGRAM BACK TO SCHOOL OLEH PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KUALA NERUS



Isnin,27 Januari 2014. Sekolah kebangsaan Gong Badak telah didatangi oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus untuk Program Back To School.  Seramai 6 orang murid miskin telah terpilih untuk menerima bantuan. Antara bantuan yang disumbangkan ialah beg sekolah, alat tulis dan bekas makanan.
6 orang murid yang dipilih tersebut ialah:

1. Nur Zarifah binti Zulkifli ( 3IR)

2. Noorshazliana Shaadah binti Othman (1 IS)

3. Nur Aina aqilah binti Azmi Yusri (1 AH)

4. Muhammad Faiz Helmie bin Samarudin (1 AD)

5. Fatimah Idayu binti Mohd Faiza (3 AD)

6. Nur Cameilah binti abdul Rani (2 AH)

Murid-murid ini akan menjadi anak angkat kepada Pergerakan puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus dan akan mendapat banyak keistimewaan antarannya dapat mengikuti kelas tuisyen secara percuma.

Dengan adanya program dan bantuan ini dapat menampung sedikit sebanyak keluarga murid-murid tersebut dan ianya sekaligus menyuntik semangat murid untuk belajar bersungguh-sungguh.

Pihak sekolah merasa sangat bertuah dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tersebut.




Saturday 25 January 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014 / 1435H

23 Jan 2014, Khamis - Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Tapak Perhimpunan SKGB.  Majlis telah dirasmikan oleh Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB.

Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Cikgu Nazri Mustafa yang telah bertukar ke SK LKTP Belara.  Beliau dinaikkan pangkat sebagai PK HEM di sana.

Majlis diteruskan selawat beramai-ramai.  Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang majlis ini ialah:

1. Tayangan video (tahap 1, Pra Sekolah, PKI).

2. Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan daripada Unisza.

3. Kuiz maulidur Rasul.

4. Pertandingan Mewarna ( Pra, PKI, Tahap 1).

5. Pertandingan Bercerita  bertempat di Dewan SKGB

6. Pertandingan Hafazan bertempat di Perpustakaan

7. Pertandingan Tilawah bertempat di surau SKGB.

Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid daripada Pasukan Koir Sekolah.  Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar.

















Tuesday 21 January 2014

KURSUS KEPIMPINAN 2014

22.01.2014, Rabu - Badan Disiplin dan Pengawas serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kursus Kepimpinan Murid 2014 kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Pengerusi Unit Badan Beruniform bagi tahun 2014.  Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB.

Seramai 207 orang murid yang dilantik menjadi pemimpi muda SKGB.  Antara objektif kursus ialah:

1. Melahirkan pelapis pemimpin muda di masa akan datang.
2. Menanam sikap bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan.
3. Membina hubungan yang baik antara murid.

Diharapkan dengan adanya kursus tersebut akan membakar semangat semua pengawas yang akan  menerajui kepimpinan generasi akan datang.