Social Icons

Saturday 29 April 2017

KEBANGGAAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK

Kebanggaan Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang telah terpilih sebagai Top 5 Anugerah GPS Bestari. Tahniah diucapkan kepada pentadbir,guru, kakitangan dan murid SKGB.


PROGRAM JOM BACA SELAMA 10 MINIT

27 April 2017, Program Jom Baca Bersama 10 minit telah diadakan serentak pada jam 11.00-11.10 pagi di kelas masing-masing bagi menggalakkan semua masyarakat membaca.







SAMBUTAN ISRAK MI'RAJ PERINGKAT SEKOLAH

26 April 2017, Panitia Agama Islam telah menganjurkan sambutan Israk Mi'raj di dewan sekolah. Pertandingan mewarna dan melukis poster telah diadakan kepada semua murid tahap 1 dan 2. Ceramah juga telah disampaikan oleh Ustaz Shahrizal bin Nasir dari UniSZA.






PERKHEMAHAN PENGAKAP SKIM LENCANA KERIS PERAK DAN EMAS PENGAKAP KANAK-KANAK

20-22 April 2017, Seramai 15 orang peserta dari Sekolah Kebansgaan Gong Badak telah menyertai perkhemahan tersebut yang telah diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti yang telah diikuti oleh semua peserta. Mereka telah mendapat Pingat Perak dan Gangsa. Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru pengiring.




NAIB JOHAN PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK MSSD KUALA NERUS BAWAH 12 TAHUN

20 April 2017, Pasukan bola sepak telah mendapat tempat kedua dalam Pelawanan Akhir Bola Sepak yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh. Keputusan seri 2-2 membawa kepada sepakan penalti dan malangnya satu sepakan dari SK Gong Badak tidak memberikan gol sekaligus menobatkan SK Bukit Tumbuh sebagai Johan.
Namun begitu,kelihatan jelas kesungguhan pemain-pemain untuk merebut juara. Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan pemain.






Saturday 22 April 2017

PROGRAM TERAPI BERGAJAH

19 April 2017, Rabu - Program Penididikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah menganjurkan Lawatan ke Elephant Conservation Village(KECV), Tasik kenyir, Terengganu. Lawatan ini telah melibatkan 21 orang murid PKI dan 9 orang guru pengiring serta 3 orang ibubapa.
Antara objektif lawatan tersebut ialah:
1. Membolehkan murid meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial an psikomotor.
2. Meningkatkan potensi dan keyakinan diri murid bila berhadapan dengan situasi sebenar.
3. Melatih murid agar dapat bersosial dan beriadah
4. Menanam sikap berani dalam diri murid
5. Melatih murid-murid mengusai kemahiran -kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.







Wednesday 19 April 2017

PERTANDINGAN BERCERITA DAN HAFAZAN MTQ PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS

19 April 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat kemenangan Johan bagi Pertandingan Bercerita manakala Naib Johan bagi Pertandingan Hafazan. Tahniah diucapkan kepada 2 pelajar tahun 6 yang telah berjaya dan akan mewakili daerah Kuala Nerus ke peringkat negeri pada 30 April nanti. Semoga mereka terus berjaya.




PERARAKAN ASPRESIASI UNIT BERUNIFORM

18 April 2017, Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Perarakan Aspresiasi Unit Beruniform bagi semua unit beruniform tahun 6. Perarakan ini bermula jam 2.30 petang dengan diiringi oleh guru-guru pengiring. Walaupun cuaca agak panas, namun murid-murid tetap bersemangat meneruskan perarakan sehingga selesai.




UJIAN HAFAZAN

17 April 2017, Pejabat Agama Islam Terengganu telah menganjurkan Ujian Hafazan yang bertempat di Dewan SK Gong Badak. Murid yang terlibat terdiri daripada murid tahap 1 dan tahap 2.







Sunday 16 April 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

11-13 April 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan perkhemahan unit beruniform yang bertempat di Pusat Kokurikulum UniSZA, Merang, Setiu. Perkhemahan ini telah melibatkan murid tahun 6 dengan bantuan Pengakap Kelana dari UniSZA. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Kawad Kaki, "Jungle Tracking", "Water Confident", Night Walking" dan sebagainya. Perkhemahan berakhir dengan Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh En Ramly bin Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus.










Sunday 9 April 2017

MAJLIS PENUTUP KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2017

9 April 2017, Ahad- Jawatankuasa NILAM telah menganjurkan Majlis Penutup bagi Kem Membaca 1MALAYSIA 2017. Pelbagai program yang telah dijalankan sepanjang kem tersebut antaranya bagi murid tahap 1 aktiviti membaca buku telah dijalankan serentak dewan sekolah, manakala bagi murid tahap 2 telah menyediakan penanda buku semasa aktiviti kokurikulum. Dengan terlaksananya kem sebegini, akan memupuk sikap minat membaca di kalangan murid.


KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

8 April 2017, Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak dengan kerjasama pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah menganjurkan Kem Bestari Solat kepada semua murid tahun 1, 2 dan 3 yang bertempat di SKGB. Seramai 37 orang pelajar UniSZA yang telah menjadi fasilitator sepanjang kem tersebut. Program telah bermula pada jam 7.30 pagi dengan ucapan Tuan Guru Besar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya membetulkan cara mengambil wuduk dan bacaan dalam solat.