Social Icons

Sunday 6 September 2015

MAJLIS RESTU ILMU MURID TAHUN 6 2015

6 September 2015, Ahad - Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Restu Ilmu bagi semua murid tahun 6 bagi sesi 2015. Semua murid tahun 6 telah mendengar perutusan dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan juga perutusan dari Menteri Besar Terengganu.
Ucapan wakil murid telahpun disampaikan oleh Adik Mohd Arif bin samsuddin manakala Ikrar Akur Janji telah diketuai oleh Adik Mohd Shukri.
Ucapan dan amanat terakhir telah disampaikan oleh ketua-ketua panitia masing-masing dengan mengharapkan semua calon UPSR 2015 dapat menjawab peperiksaan dengan jayanya dan cemerlang.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat  oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah dan majlis bersalaman serta memohon retu dari semua guru SKGB.
Semoga semua calon mendapat keberkatan dalam menjawab kertas peperiksaan pada 8,9 dan 10 September 2015 nanti. Insya Allah.


Dipengerusikan oleh Pn.zakiah binti Jusoh

Ucapan wakil murid

Bacaan Ikrar

Murid Tahun 6 berikrar dan akur janji

Wakil Panitia Matematik

Wakil Panitia Bahasa Melayu

Wakil Panitia sains


Wakil Panitia Bahasa Inggeris

Menyampaikan Perutusan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Menyampaikan Perutusan Menteri Besar Terengganu

Majlis Restu Ilmu

Bersalaman dengan semua guru

Tuesday 1 September 2015

KEJOHANAN BADMINTON ACARA PERSEORANGAN PEREMPUAN

7 & 14 Ogos 2015 - Seorang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Kejohanan Badminton Acara Perseorangan Perempuan bagi kategori bawah 12 tahun yang bertempat di Dewan Badminton Sekolah Grammar, Kuala Terengganu. Murid tersebut ialah Nur Nisrina Nabihah 
Beliau telah mendapat tempat pertama dalam kejohanan tersebut.
Tahniah kepada beliau dan semoga terus cemerlang dalam arena sukan akan datang.