Social Icons

Monday 16 October 2017

TERENGGANU WORLD OCCUPATIONAL THERAPY DAY

12 Oktober 2017, Seramai 4 orang murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi telah menyertai program tersebut dengan diiringi 2 orang guru PPKI yang bertempat di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu. Ianya telah dirasmikan oleh Dr. Haji Mohammad Bin Omar, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Pelbagai aktiviti yang bersesuain telah diadakan untuk murid-murid tersebut.













KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017


10-11 Oktober 2017, Sekolah Kebangaan Gong Badak telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2017 selama dua hari. Pada 10 Oktober telah diadakan pertandingan lompat tinggi, lompat jauh, sukaneka dan lontar peluru yang bertempat di padang sekolah manakala pada 11 Oktober telah diadakan Acara Balapan murid pra, tahap 1 dan tahap 2 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Terengganu. Perbarisan rumah juga telah diadakan dan acara berlangsung dengan lancar dan amat meriah.




















PROGRAM BLINK BERSAMA PENULIS BUKU

9 Oktober 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah dikunjungi oleh penulis buku untuk bersama-sama murid tahap 2 bagi perkongsian ilmu dan temubual bersama penulis. Program ini telah berlangsung di dewan sekolah selama 2 hari dan pada hari kedua, pameran dan jualan buku telah diadakan kepada semua murid.






JOHAN KARNIVAL B11 BALAPAN DAN PADANG MSSD KUALA NERUS

8 Oktober 2017, Tahniah kepada peserta yang telah berjaya mendapat tempat pertama dengan 3 emas, 1 perak da 1 gangsa. Pingat Emas bagi acara 200m L11, 200m P11 dan Lompat Jauh L11, bagi pingat perak pula 100m L11 dan Pingat Gangsa 400m L11. Tahniah.





MAJLIS PERASMIAN AULA CHANNEL

8 Oktober 2017, Jawatankuasa Aula Channel SK Gong Badak telah melancarkan majlis perasmian yang bertempat di tapak perhimpunan. Seramai 10 orang wartawan telah dilantik dan akan memainkan peranan masing-masing demi menaikkan nama sekolah.


LAWATAN PENANDA ARASAN GURU

5 Oktober 2017, SK Gong Badak telah berjaya mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Kuala Lumpur. Seramai 37 orang peserta yang telah mengikuti lawatan tersebut termasuk guru besar dan pentadbir sekolah. Pelbagai idea dapat dikongsikan bersama guru-guru di sekolah tersebut dan melawat sekitar sekolah.