Social Icons

Sunday 28 January 2018

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS BAWAH 12 TAHUN

25 Januari 2018, Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Kuala Nerus ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan. Jarak Larian adalah sejauh 4 K. SK Gong Badak telah menghantar 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan dari tahun 5 dan 6. SK Gong Badak telah mendapat Johan keseluruhan bagi kategori perempuan manakala tempat keenam bagi kategori individu lelaki. Tahniah kepada semua peserta.






Saturday 27 January 2018

PROGRAM "WE ARE THE CHAMPION"

18 Januari 2018, Program ini telah dijalankan di Dewan Auditorium, UniSZA. Program ini merupakan salah satu program jalinan bersama UniSZA dan SK Felda Selasih. Semua murid tahun 6 telah terlibat dalam program tersebut yang bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dikendalikan kepada pelajar-pelajar UniSZA. Tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah dan UniSZA.







PERTANDINGAN MERENTAS DESA

17 Januari 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa kepada semua murid PKI, Pra sekolah, Tahun 1 hingga tahun 6. Jarak sebenar larian murid PKI, Pra sekolah, Tahun 1 dan 2 ialah 1.65km manakala murid tahun 3 hingga 6 lebih kurang 4.2km.
Tahniah kepada murid yang telah memenangi pertandingan tersebut.







LAWATAN TRANSISI TAHUN 1

11 Januari 2018, Jawatankuasa Tahun 1 telah menjalankan Lawatan Sambil Belajar Minggu Transisi bagi semua murid tahun 1 seramai 150 murid dan 18 orang guru pengiring ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.
Lawatan ini bertujuan memberi pengalaman yang berguna tentang dunia sains kepada semua murid-murid tahun 1. Lawatan bermula jam 8.30 pagi dan tiba di sekolah jam 2.30 petang. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program tersebut.