Social Icons

Sunday 28 September 2014

PROGRAM BAHASA INGGERIS KOMUNIKASI 'ECS' PUSAT BAHASA TERENGGANU(PBT) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU

22 September 2014,Rabu- Pusat Bahasa Terengganu mengadakan promosi untuk Program Bahasa yang terdapat Pusat Bahasa Terengganu. Antara Program Bahasa termasuklah Program Bahasa Inggeris, MUET, Bahasa Arab Qurani, dan Bahasa Arab Komunikasi.
Program ini telah disampaikan oleh Puan Noraizura dan diadakan di Surau Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Program ini bermula pada jam 9.45 pagi hingga 11.00 pagi.
Antara objektif Pusat Bahasa Terengganu ialah menampung keperluan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah dan seluruh masyarakat di Negeri Terengganu.






Monday 22 September 2014

PERTANDINGAN DAPUR PANAS

11 September 2014,Khamis - Seramai 24 orang murid, 8 orang guru Pendidikan Khas Integrasi dan 4 orang PPM menyertai Pertandingan Dapur Panas yang dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang bertempat di Garaj Kereta Sekolah kebangsaan Gong Badak.
Pertandingan tersebut bermula pada jam 8 pagi hingga 12.45 tengahari.
Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan dibantu oleh 2 orang guru dan seorang PPM. Peserta dibekalkan dengan 2 bungkus mee dan sedikit ayam serta sayur untuk memasak. Menu berdasarkan bahan yang telah disediakan dan memasak menggunakan kayu api. Pertandingan ini telah diadili oleh guru besar dan semua guru penolong kanan.






Saturday 20 September 2014

SUMBANGAN JAM DINDING DARI BANK RAKYAT

21 September 2014,Ahad- Bank Rakyat Kuala Terengganu telah menyumbang sebuah jam dinding kepada pihak sekolah sempena Peperiksaan UPSR.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SEKOLAH KEBANGSAAN (P) BUKIT KUDA,KLANG,SELANGOR.

14 September 2014,Ahad- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah dilawati oleh Sekolah Kebangsaan (P) Bukit Kuda,Klang,Selangor.
Lawatan tersebut melibatkan 8 orang guru dan 34 orang murid dari sekolah tersebut. Mereka tiba di SKGB pada jam 10.00 pagi yang bertempat di Bilik Galeri. Kedatangan mereka disambut oleh guru-guru SKGB. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Md Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Seterusnya, ucapan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor selaku Guru Besar SKGB. Pn.Rozita binti Razak Guru Penolong Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (P) Bukit Kuda,Klang,Selangor.
Antara Objektif ialah:
1. Ingin melawat Pusat Sumber Sekolah
2. Berkongsi maklumat dan pengalaman  antara SK(P) Bukit Kuda dan SKGB
Semoga SK(P) Bukit Kuda mendapat maklumat dan pengalaman sepanjang lawatan penanda aras tersebut.












PEMANTAUAN DARI TIMBALAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA TERENGGANU

11 September 2014,Khamis- Timbalan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu,En Jelani bin Sulong telah membuat pemantauan perjalalanan Peperiksaan UPSR Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
En Jelani bin Sulong telah memberi kata-kata semangat kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris pada hari tersebut.
Semoga dengan kehadirin beliau menyuntik semangat para pelajar dan guru.



Tuesday 9 September 2014

HARI PERTAMA PEPERIKSAAN UPSR

9 September 2014, Selasa- Pada jam 7.30 pagi, semua murid tahun 6, guru dan ibubapa berkumpul di Surau untuk bersama-sama membaca Surah Yasin untuk murid-murid tahun 6 yang akan menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. Bacaan surah Yasin dan doa telah diketuai oleh Ustaz Mohd Ali.
Seterusnya, semua calon UPSR diberikan Slip Peperiksaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Yang Dipertua PIBG Dr.Hj  Hashim Azmi turut hadir memberi semangat kepada calon-calon UPSR Sk Gong Badak.
Semoga semua murid akan mendapat keputusan yang cemerlang dan doa semua guru dan ibubapa sentiasa mengiringi kalian semua.

Bacaan Surah Yasin

Guru dan ibubapa tidak jemu-jemu mendoakan kejayaan murid

Turut dihadiri YDP PIBG

Taklimat ringkas oleh Penyelaras UPSR

Slip Peperiksaan sedang diedarkan


Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Ali

Murid bersedia untuk ke dewan peperiksaan

Saturday 6 September 2014

MAJLIS PENYERAHAN ILMU 2014

7 September 2014,Ahad- Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Majlis Penyerahan Ilmu bagi tahun 2014 untuk semua murid tahun 6 di dewan sekolah.
Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pn.Zakiah binti Jusoh dan bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Syed Ahmad.
4 buah lagu telah dinyanyikan oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Bacaan ikrar oleh Adik Nurul Intisaar binti Masrul Faidz dari kelas 6 Ibnu Sina dan ucapan wakil murid oleh Muhammad Akashah Ikhwan bin Hanif dari kelas 6 Ibnu Sina.
Seterusnya, bacaan perutusan oleh Pn.Siti Arbaiyah binti Yusof dan En.Md.Nasir bin Embong.
Majlis juga dihadiri oleh En.Syamsuddin bin Md Yusuf, dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan UPSR dan Penyampaian alat tulis telah disampaikan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis berakhir pada jam 9.30 pagi dengan majlis bersalaman antara murid tahun 6 dan semua guru.

Dipengerusikan oleh Puan Zakiah binti Jusoh

Bacaan doa oleh Ust.Syed Emran Faisal

Barisan Pentadbir

Bacaan ikrar oleh Adik Nurul Intisaar

Ucapan wakil murid oleh Adik M.Akashah Ikhwan

Perutusan dibacakan oleh Pn.Siti Arbaiyah

Perutusan yang dibaca oleh En.Md Nasir

Ucapan oleh En.Syamsuddin,wakil JPNT

Ucapan oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar

Penyampaian Sumbangan Galakan

Penyampaian bantuan alat tulis

Majlis bersalaman dan bermaafan antara murid dan guru

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

5 Ogos 2014,Khamis- Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah di dewan sekolah.
Sambutan bermula pada jam 7.30 pagi dengan ucapan oleh pengerusi majlis. Seterusnya, diikuti dengan ucapan guru besar dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Antara objektif diadakan program ini ialah:
1. Menanam sikap patriotik di kalangan murid-murid
2. Menanam sikap kecintaan murid kepada negara
Majlis berakhir pada jam 8.30 pagi.








TAKLIMAT e-Prestasi

5 September 2014, Rabu- Pihak Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Taklimat e-prestasi kepada semua guru di Bilik Galeri. Talimat tersebut telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar dan Encik Md Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.