Social Icons

Sunday 20 August 2017

MAJLIS TEMU MURNI DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN CALON UPSR 2017

20 Ogos 2017,Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Majlis Temu Murni dan Motivasi Keibubapaan yang melibat 125 orang calon UPSR bagi tahun 2017 yang telah bertempat di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu. Majlis telah bermula pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran YDP PIBG Dr Hj Hashim Azmi bin Hj Che Noh bersama ajk-ajk pibg. Hadiah galakan kepada murid yang mendapat 6A, 5A, 4A dan lulus semua mata pelajaran telah disampaikan oleh dif-dif jemputan.Motivasi keibubapaan telah disampaikan oleh En Mohd Tahar bin Sali, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan dan  Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Majlis berakhir pada jam 1.30 petang dengan penyampaian slip peperiksaan percubaan UPSR.












PROGRAM MOTIVASI PERDANA PERINGKAT KUALA NERUS

19 Ogos 2017, Seramai 38 orang murid tahun 6 SK Gong Badak telah terpilih untuk mengikuti Program Motivasi Perdana Peringkat Kuala Nerus yang bertempat di Scout Inn,Kuala Nerus, Terengganu.





CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 5

13 Ogos 2017, Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh En Shamsi bin Hj Shamsuddin dari Intelligent Mission yang bertempat di surau sekolah dan melibatkan semua murid tahun 5. Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.




PERLAWANAN BOLA SEPAK PPKI

17 Ogos 2017, Tahniah kepada pasukan bola sepak PPKI Sk Gong Badak yang telah memenangi tempat naib johan dalam kejohanan bola sepak PKI 7 sebelah yang bertempat di SK Institut Perguruan. Tahniah diucapkan.




PERTANDINGAN PIDATO MEWAKILI DAERAH KUALA NERUS

17 Ogos 2017, Majlis penyampaian sijil kepada Adik Amni Fatehah yang mewakili daerah Kuala Nerus dalam Pertandingan Pidato yang bertempat di Kemaman.
Tahniah.



CERAMAH AXIATA

17 Ogos 2017, Penerangan biasiswa Axiata telah diadakan di dewan sekolah untuk memberi penerangan kepada semua ibu bapa tahun 6 Ibnu Sina, 6 Ibnu Rushd dan 5 Ibnu Sina. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi penerangan tentang kemasukan ke Sekolah Yayasan Saad di Melaka.





PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR BAGI BULAN OGOS

17 Ogos 2017, Majlis penyampaian hadiah kepada guru dan staf pada bulan ogos telah disempurnakan oleh En Md Nasir bin Embong, Penolong Kanan Pentadbiran. Seramai 10 orang yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan ini.




PENYAMPAIAN HADIAH KEHADIRAN PENUH

17 Ogos 2017, Penyampaian hadiah kehadiran penuh bagi murid tahun 3 hingga 5 telah disempurnakan oleh Pn Rairahayati binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.




HARI PUTERI ISLAM PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS

12 Ogos 2017, Unit Beruniform Puteri Islam telah menyertai pertandingan memasak, gubahan dan gajet.  Tahniah kepada murid yang terlibat.




Wednesday 9 August 2017

KEJOHANAN TAEKWONDO

10 Ogos 2017, Adik Nurul Izzati dari kelas 6 Ibnu Rushd telah mendapat pingat perak dalam kejohanan Taekwondo yang diadakan di Kelantan. Tahniah.


PENYAMPAIAN HADIAH KEHADIRAN PENUH

10 Ogos 2017, Penyampaian hadiah kepada murid tahun 1 dan 2 yang kehadiran penuh dari bulan januari hingga mac. Ianya telah disempurnakan oleh Pn. Rairahayati binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Semoga menjadi galakan kepada semua murid untuk hadir ke sekolah.





PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK PPKI

9 Ogos 2017, Perlawanan persahabatan bola sepak 7 sebelah telah diadakan antara murid PPKI SK Gong Badak dan PPKI SK Padang Kemunting yang bertempat di padang SK Gong Badak.SK Gong Badak telah merangkul kejayaan dengan keputusan 9-0. Tahniah.








PERTANDINGAN PIDATO DAERAH KUALA NERUS

3 Ogos 2017, Adik Amni Fatehah dari kelas 6 Ibnu Sina telah berjaya mewakili daerah Kuala Nerus ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan tersebut yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh, Kemaman, Terengganu. Tahniah.






PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR KEPADA GURU DAN KAKITANGAN SKGB

Penyampaian hadiah hari lahir kepada semua guru dan kakitangan bagi bulan Julai yang telah disempurnakan oleh En Md Nasir bin Embong, Penolong Kanan Pentadbiran.