26 Oktober 2016, En Azahar bin Abu Bakar, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang telah menyempurnakan Majlis Perasmian Mimbar Bahasa yang merupakan Bilik Kebitaraan Bahasa Melayu SK Gong Badak.
Mimbar Bahasa ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu anjung kluster yang memaparkan aktiviti dan kejayaan sekolah dalam kebitaraan bahasa, Sudut Bakat, Anjung Santai, Anjung Rekreasi, Anjung Ria dan Anjung Bakat.
Saturday, 12 November 2016
PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL BM PERINGKAT NEGERI
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Azahar bin Abu Bakar, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Turut hadir memeriahkan perasmian adalah Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat -PJIM UniSZA.
Majlis telah dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan telah dipengerusikan oleh Adik Hazmi Aisar dan Auni Batrisyia. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar dan Ucapan Perasmian oleh Encik Azahar bin Abu Bakar.
Tahniah kepada sekolah yang membawa pulang kejayaan.

PENGANJURAN KARNIVAL BM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
26 Oktober 2016, SK Gong Badak telah menganjurkan satu Karnival BM Peringkat Negeri Terengganu dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin yang bertempat di SKGB. Karnival ini melibatkan 4 pertandingan iaitu Susun Kata, Roda Kata, Eja Tepat dan Dam Ular Bahasa. Sebanyak 19 buah sekolah dari seluruh Terengganu telah menyertai pertandingan tersebut.
Antara sekolah yang bertanding ialah
Daerah Kuala Nerus
1. SK GONG BADAK
2. SK IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
3. SK TOK JIRING
4. SK PECHAH ROTAN
Daerah Kuala Terengganu
1. SK SULTAN SULAIMAN II
2. SK PUSAT CHABANG TIGA
Daerah Marang
1. SK KELULUT
2. SK RUSILA
3. SK BUKIT SAWA
Daerah Setiu
1. SK KERTEH
2. SK TELOK KALONG
3. SK KELUANG
Daerah Dungun
1. SK PAKA II
Daerah Kemaman
1. SK KERTEH
2. SK TELOK KALONG
3. SK KELUANG
Daerah Besut
1. SK KG BARU TOK DOR
Daerah Hulu Terengganu
1. SK DUSUN
2. SK SERI BERANG
Antara sekolah yang bertanding ialah
Daerah Kuala Nerus
1. SK GONG BADAK
2. SK IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
3. SK TOK JIRING
4. SK PECHAH ROTAN
Daerah Kuala Terengganu
1. SK SULTAN SULAIMAN II
2. SK PUSAT CHABANG TIGA
Daerah Marang
1. SK KELULUT
2. SK RUSILA
3. SK BUKIT SAWA
Daerah Setiu
1. SK KERTEH
2. SK TELOK KALONG
3. SK KELUANG
Daerah Dungun
1. SK PAKA II
Daerah Kemaman
1. SK KERTEH
2. SK TELOK KALONG
3. SK KELUANG
Daerah Besut
1. SK KG BARU TOK DOR
Daerah Hulu Terengganu
1. SK DUSUN
2. SK SERI BERANG
BENGKEL BAHASA MELAYU 2016
3 November 2016, Program Kecemerlangan Jalinan Bahasa Melayu UPSR 2017 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Universiti Sultan Zainal Abidin. Program ini melibatkan seramai 200 orang murid terdiri daripada tahun 5 dan 4 termasuk guru-guru Bahasa Melayu SK Gong Badak.
Guru pakar dan berpengalaman iaitu Cikgu Rosline binti Abeng telah dijemput sebagai penceramah pada hari tersebut.
Beberapa orang guru dari SK Gong Badak turut menghadiri bengkel tersebut untuk mendengar taklimat mengenai contoh soalan format baru. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kecemerlangan Bahasa Melayu di masa akan datang.
Terima kasih kepada Pengarah Pusat Jalinan Industri dan Masyarakat (PJIM) UniSZA yang sangat membantu dalam menjayakan program ini.

KARNIVAL PUISI TRADISIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN
Pertandingan Karnival Puisi Tradisional SKK Peringkat Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 22 Oktober 2016 yang bertempat di SK Seremban 2B , Negeri Sembilan. SK Gong Badak telah menyertai pertandingan Syair, Seloka dan Pantun.
PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG
19 Oktober 2016, seramai 34 orang murid telah melawat ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang yang bertujuan meninjau peluang memasuki sekolah tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)