Social Icons

Thursday 3 January 2013

MAJLIS TAKLIMAT PROGRAM MINGGU TRANSISI TAHUN 1/2013

Ahad 3 Januari 2013 - Program yang dilaksanakan selama 3 minggu bermula 1.1.2013 hingga 17.1.2013 merupakan Program Tahunan yang sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa transisi daripada alam pra sekolah ke alam persekolahan sebenar.

Pelajar diberikan pendedahan daripada pelbagai aspek (jasmani, emosi, rohani, intelek) selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mewarna, pertandingan tulisan mekanis, tulisan jawi dan sukaneka selain daripada PnP yang dilaksanakan dalam bilik darjah sebagaimana sukatan KSSR.

Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan program "Kenali Sekolah" yang disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Hamidah binti Abdul Rashid.  Aktiviti yang turut dijalankan ialah "Sayangi Guru-guru Kami" bagi memberikan rasa kejelikatan antara pelajar dengan guru-guru di SK Gong Badak.

Pada akhir minggu transisi, majlis penutup diadakan pada 17 Januari 2013 yang disempurnakan oleh Puan Guru Besar SKGB iaitu Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Nor.  Pelbagai acara dijalankan antaranya persembahan nyanyian berkumpulan dan solo.