Social Icons

Thursday 27 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN PEMIMPIN MUDA SK GONG BADAK

19 November 2014, Rabu - Jawatankuasa Pemimpin Muda telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun di kantin sekolah. Jamuan akhir tahun ini telah dihadiri oleh 210 orang pemimpin muda Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang mana terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks.
Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Emran Faisal bin Sayed Ahmad selaku penyelaras Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah.
Seterusnya, ucapan perasmian oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin muda sekolah ini yang telah banyak memberi sumbangan kepada sekolah, penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa kerana dapat menjayakan majlis ini buat julung kalinya.