8 dan 9 Oktober 2014, Rabu dan Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak bersama Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Terengganu telah menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Memanah yang bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Basir bin Haji Awang, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus.
Klinik Pengenalan Sukan Memanah ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 8 Oktober diadakan Majlis Perasmian manakala pada 9 Oktober diadakan bengkel dan juga "Mini Game" bagi semua peserta. Seramai 100 orang peserta telah menyertai Klinik Pengenalan Sukan Memanah ini yang terdiri dari murid tahun 1 hingga 5.
Antara objektif program ini ialah
1. Memperkenalkan sukan memanah kepada murid SKGB
2. Mencari bakat-bakat baru dalam sukan memanah
3. Memperkasakan sukan memanah
4. Menjalinkan hubungan baik antara pihak sekolah dengan Majlis Sukan Negera(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).
Semoga dengan perlaksanaan program ini dapat mencari bakat - bakat baru dalam sukan memanah kerana sukan memanah ini adalah salah sebuah bidang sukan yang boleh merangsang minda dan membentuk akal yang cerdas.
 |
Klinik Pengenalan Sukan Memanah |
 |
Ucapan Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB |
 |
Ucapan Perasmian oleh Dato Hj.Basir |
 |
Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah |
 |
Gimik perasmian |
 |
Menandatangani buku pelawat |
 |
Penyampaian cenderamata kepada Dato Haji Basir |
 |
Kursus yang diberikan kepada peserta |
 |
Pemilihan peserta |
 |
Ahli Jawatan kuasa yang terlibat |