Social Icons

Monday 11 May 2015

PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

6 Mei - 7 Mei 2015, Rabu dan Khamis - Pertandingan pidato (Bahasa Melayu) SKK Peringkat Kebangsaan anjuran SK Gong Badak dengan kerjasama UNISZA pada kali pertamanya telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan SKK seluruh negara bagi sekolah rendah.  Walaupun pada awalnya sasaran hanya 15 buah sekolah sahaja tetapi bertambah kepada 19 buah sekolah.

Pertandingan tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 6 Mei 2015 hingga 7 Mei 2015.  Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Perdana. UNISZA.  Pada hari Rabu (6 Mei 2015), ucapan selamat datang dan cabutan undi giliran peserta telah diadakan pada pukul 9.00 pagi di Bilik Galeri Cemerlang.  Sebanyak 5 buah sekolah sahaja yang dapat hadir pada hari tersebut.  Selepas itu, jamuan makan diadakan dengan memperkenalkan makanan popular Terengganu iaitu Nasi Dagang dan Keropok Lekor.

Pada pukul 10.30 pagi, para peserta, guru pengiring dan murid tahun 6 bertolak ke Bandar Kuala Terengganu dalam program lawatan ke destinasi yang terkenal seperti Pasar Payang, Masjid Kristal,  Keropok Losong dan Nor Arfa Batik.  Semua peserta dan murid tiba di SKGB kira-kira 5.15 petang.

Pada acara kemuncak, Khamis (7 Mei 2015), program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan slot pendaftaran peserta dan guru-guru pengiring.  Kemudian pada pukul 8.40 pagi, slot taklimat hakim dijalankan.  Seramai 21 peserta yang mengambil bahagian iaitu 2 lelaki dan 19 perempuan.  Peserta yang paling jauh  adalah dari negeri Sabah.

Acara pertandingan pidato tersebut dipengerusikan oleh pelajar UNISZA dari Kelab Orator.

Pada jam 9.15 pagi, acara pidato telah berlangsung sehingga selesai kira-kira pukul 12 tengahari dalam kategori A.  Pada jam 10.12 pagi, pertandingan pidato diberhentikan sementara kerana waktu rehat makan pagi.  Dalam kategori B (pidato spontan) yang selesai kira-kira 1.30 petang.  Seramai 5 orang hakim yang menghakimi pertandingan tersebut, 3 daripadanya dari kalangan guru, seorang daripadanya dari UNISZA dan seorang lagi dari IPG.

Selesai pertandingan tersebut, sesi pembahagian cenderahati kepada para hakim yang disampaikan oleh penyelaras Program Jalinan IPTA UNISZA-SKK iaitu Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah.

Selepas itu, acara diberhentikan seketika untuk makan tengahari dan solat Zuhur.  Kemudian pada pukul 2.30 petang, acara perasmian penutup disempurnakan oleh Dr.Ruhaya binti Hassan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pada acara perasmian penutup, majlis dipengerusikan oleh guru SKGB iaitu Pn.Zakiah binti Jusoh.

Majlis bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis, disusuli bacaan doa oleh Ustaz Syed Imran Faisal bin Ahmad.  Kemudian ucapan oleh Guru Besar, Pn. Hajah Ramlah binti Mohamad Noor.  Selepas itu ucapan penyelaras jalinan IPTA-SKK, Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah.  Akhir sekali, ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh Dr. Ruhaya binti Hassan.

Pada sesi perasmian penutup, semua guru besar daerah Kuala Nerus, YDP PIBG SKGB iaitu Dr.Hashim bin Hj.Muhammad Nuh, AJK PIBG, semua guru dan staf, semua murid tahun 6 turut hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Selepas itu, persembahan "Bicara Berirama" oleh murid-murid tahun 5 Ibnu Sina sebelum penyampaian hadiah.

Acara kemuncaknya adalah penyampaian hadiah pemenang.  Tempat pertama disandang oleh peserta dari SK Jawi, Pulau Pinang Syazrin Amanda binti Rosli).  Tempat kedua dan ketiga peserta dari Sabah iaitu adik Balqis Insyirah binti Kamaludin dari SK Kauluan, Sabah dan  ketiga peserta dari Pahang iaitu Nurel Humairah binti Muhammad Fridaus dari SK Bandar Pusat, Pahang  Manakala tempat keempat adalah peserta tuan rumah iaitu Wan Najma Al Humaydaa binti Wan Yusof (6IS), dan tempat kelima peserta dari SK Kauluan, Sabah, adik Khairuzan Khabir dan Wakimin.

Selepas itu, sesi pembahagian cenderahati tuan rumah kepada perasmi dan penyelaras jalinan IPTA-SKK.  Kemudian, sesi bergambar semua peserta bersama-sama tetamu kehormat.

Acara perasmian penutup selesai jam 4.00 petang dengan jayanya dan diakhiri dengan jamuan petang.


Laporan Disediakan Oleh: Cik Nur Rukiah