Social Icons

Tuesday 23 February 2016

KURSUS KEPEMIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2016

3&4 Februari 2016, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Pemimpin Muda telah menganjurkan Kursus Kepemimpinan Pemimpin Muda bagi Tahun 2016 yang bertempat di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu.
Peserta kursus terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya seramai 128 orang peserta.
Pada hari pertama, semua peserta diberi taklimat oleh Ketua Jurulatih, dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti seperti Rempuh Halangan, "Abseiling" dan Kawad Kaki.
Pada hari kedua pula diadakan Majlis Penutup Kursus Kepemimpinan dan Penyerahan Watikah kepada semua peserta. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Kapten Shahrul Arifin bin Mat Arif selaku Wakil Pegawai Memerintah, Batalion Ke 18, Rejimen Askar Melayu Diraja.
Program telah berjalan dengan lancar dan sekalung penghargaan kepada semua  yang telah memberi sepenuh kerjasama sepanjang program ini berlangsung.
Diharapkan semua pemimpin muda mengambil tanggungjawab dalam menjaga disiplin sekolah dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-murid lain.