Social Icons

Saturday 27 February 2016

BENGKEL PANTUN PERINGKAT SEKOLAH

17 dan 18 Februari 2016, Panitia Bahsa Melayu telah menganjurkan Bengkel Pantun kepada semua muridtahun 4 dan .
Antara objektif program tersebut ialah pelajar mendapat pendedahan mengenai kemahiran berpantun, dapat menggunakan kemahiran berfikir dan berbahsa dan dapat membina keyakinan diridalam pertandingan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, Latihan Dalam Kumpulan dan Pertandingan Pantun.
Program berjalan dengan lancar dan semua murid yang terlibat dapat  pengetahuan dan pengalaman yang cukup bermakna.








TERAPI BOWLING DI TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT

15 Februari 2016, Seramai 25 orang murid, 10 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid telah menyertai Terapi Bowling di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.
Tujuan terapi ini adalah untuk mendedahkan murid dengan sukan bowling, menanam minat, di  samping itu murid dapat mengkoordinasikan kemahiran motor kasar dan motor halus.




Tuesday 23 February 2016

MAJLIS LETAK KERJA DAN TEMU MURNI CALON UPSR 2016

18 Februari 2016, Khamis - Jawatankuasa Projek UPSR dan Jawatankuasa PIBG Sk Gong Badak telah mengadakan Majlis Letak Kerja dan Temu Murni kepada 124 orang calon UPSR bagi tahun 2016 yang bertempat di Surau Ar Rahman, SK Gong Badak.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran oleh ibubapa dan diikuti dengan Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Solat Dhuha. Majlis telah dipimpin oleh Imam yang didatangi khas dari Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin.
Majlis telah disempurnakan oleh En.Mohd Taha bin Sali, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Selesai jamuan, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, En Kamal bin Abdullah di dewan sekolah dan diikuti dengan bacaan ikrar Akur Janji oleh calon-calon UPSR.
Majlis berakhir dengan penyerahan skrip markah TOV kepada semua ibubapa yang hadir.
Semoga semua calon UPSR tahun 2016 akan meemperoleh kejayaan. InsyaAllah.















KURSUS KEPEMIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2016

3&4 Februari 2016, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Pemimpin Muda telah menganjurkan Kursus Kepemimpinan Pemimpin Muda bagi Tahun 2016 yang bertempat di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu.
Peserta kursus terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya seramai 128 orang peserta.
Pada hari pertama, semua peserta diberi taklimat oleh Ketua Jurulatih, dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti seperti Rempuh Halangan, "Abseiling" dan Kawad Kaki.
Pada hari kedua pula diadakan Majlis Penutup Kursus Kepemimpinan dan Penyerahan Watikah kepada semua peserta. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Kapten Shahrul Arifin bin Mat Arif selaku Wakil Pegawai Memerintah, Batalion Ke 18, Rejimen Askar Melayu Diraja.
Program telah berjalan dengan lancar dan sekalung penghargaan kepada semua  yang telah memberi sepenuh kerjasama sepanjang program ini berlangsung.
Diharapkan semua pemimpin muda mengambil tanggungjawab dalam menjaga disiplin sekolah dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-murid lain.