Social Icons

Sunday 20 August 2017

MAJLIS TEMU MURNI DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN CALON UPSR 2017

20 Ogos 2017,Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Majlis Temu Murni dan Motivasi Keibubapaan yang melibat 125 orang calon UPSR bagi tahun 2017 yang telah bertempat di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu. Majlis telah bermula pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran YDP PIBG Dr Hj Hashim Azmi bin Hj Che Noh bersama ajk-ajk pibg. Hadiah galakan kepada murid yang mendapat 6A, 5A, 4A dan lulus semua mata pelajaran telah disampaikan oleh dif-dif jemputan.Motivasi keibubapaan telah disampaikan oleh En Mohd Tahar bin Sali, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan dan  Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Majlis berakhir pada jam 1.30 petang dengan penyampaian slip peperiksaan percubaan UPSR.