Social Icons

Saturday 27 January 2018

LAWATAN TRANSISI TAHUN 1

11 Januari 2018, Jawatankuasa Tahun 1 telah menjalankan Lawatan Sambil Belajar Minggu Transisi bagi semua murid tahun 1 seramai 150 murid dan 18 orang guru pengiring ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.
Lawatan ini bertujuan memberi pengalaman yang berguna tentang dunia sains kepada semua murid-murid tahun 1. Lawatan bermula jam 8.30 pagi dan tiba di sekolah jam 2.30 petang. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program tersebut.