Social Icons

Monday 13 August 2018

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEMIMPIN MUDA

7 OGOS 2018, Jawatankuasa Pemimpin Muda dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Rumah Seri Kenanga yang terletak di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa Kota Bharu. Seramai 76 orang pemimpin muda telah menyertai lawatan tersebut dengan diiringi oleh 8 orang guru. Tujuan lawatan tersebut ialah menanamkan sikap kasih sayang murid terhadap warga emas dan mendapat pengalaman berinteraksi dengan masyarakat luar.