12 November 2013, Rabu -Majlis Sambutan
Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan salah satu program anjuran sekolah yang
bertujuan untuk meraikan kejayaan murid-murid di dalam pelajaran bagi sesi 2013.
Murid-murid yang menerima hadiah ini adalah terdiri daripada murid Tahun 1
hingga 6, Pra sekolah dan murid dari pendidikan Khas Integrasi (PKI). Tidak
ketinggalan penyampaian hadiah bagi Hafazan.
Hari Anugerah
Cemerlang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SK Gong Badak. Majlis telah disempurnakan oleh En. Asohan bin
Embong yang mewakili daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Dalam majlis itu
juga berlangsungnya penyampaian Sijil Graduasi Prasekolah bagi murid 6 tahun.
Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada murid-murid SK Gong Badak
iaitu tarian dari murid Prasekolah, Nyanyian dari murid PKI dan persembahan
pasukan koir sekolah dari murid SK Gong Badak.
Antara anugerah
yang disampaikan ialah Anugerah Akademik Tahun 1-6, Anugerah Akademik PKI,
Anugerah kelas KAFA dan Anugerah Tokoh Murid. Turut disampaikan hadiah berupa
wang tunai RM50 kepada para hafazan.
Bagi katogeri
Anugerah Khas pula terdapat beberapa anugerah iaitu Anugerah Tokoh Nilam oleh
Adik Zahiratul Raudhah bt Zakaria, Tokoh Olahragawan oleh Adik Amin Khalala bin
Mohd Izhar , Tokoh Olahragawati oleh Adik Siti Nur Nadhirah bt Sulong, Tokoh
Murid Lelaki oleh Adik Muhammad Hafiz bin Muhammad Padzli dan Tokoh Murid
Perempuan oleh Adik Wan Ain Najyaa bt Wan Mamat.
Pihak sekolah
mengharapkan dengan adanya Hari Anugerah Cemerlang ini dapat memberi dorongan
dan semangat kepada semua murid terutamanya murid SK Gong Badak. Dengan
kecemerlangan ini mampu membangkitkan semangat menuntut ilmu dikalangan murid
SK Gong Badak.
 |
Pendaftaran Ibu bapa |
 |
Dif jemputan yang hadir |
 |
Ucapan wakil JPNT, En.Asohan Bin Embong (Bahagian Pendidikan Khas Integriti) |
 |
Persembahan daripada Pra sek |
 |
Persembahan daripada murid-murid kelas PKI |
 |
Persembahan dari pasukan koir sekolah
|