Social Icons

Saturday 28 December 2013

LAPORAN LADAP BIL 4 / 2013 ( PENGURUSAN PEMBELAJARAN MAYA )


Kursus LADAP kali ke 4 telah berjaya dilaksanakan untuk guru-guru SK.Gong Badak pada hari Selasa 24 Disember 2013. Fokus utama kursus pada kali ini ialah Penggunaan Frog VLE. Kursus ini telah disertai oleh semua guru SK.Gong Badak  dan dijalankan di bilik  Galeri Gemilang bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang.

Selepas pendaftaran, guru-guru diedarkan modul kursus dan fail. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mat Ali.  Slot pertama yang bertajuk Pengurusan Pembelajaran Maya disampaikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor ,  Guru Besar SKGB.  Slot kedua pula bertajuk Frog VLE telah disempurnakan oleh Encik Mat Fadhil Bin Yusof dan dibantu oleh Encik Azmi Bin Yahya.  Antara lain, tujuan kursus ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog untuk guru-guru di samping menjayakan matlamat di bawah Program 1Bestarinet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Melaluinya guru-guru diharap mampu memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan pendidikan termasuk semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Sepanjang kursus ini berlangsung guru-guru mempelajari cara menggunakan laman frog sebagai medium komunikasi , berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain pengisian yang dapat dibina sendiri oleh guru. Melalui kursus ini juga, guru-guru telah didedahkan cara untuk menggunakan laman frog ini sebagai bahan bantu mengajar berkonsepkan TMK yang sangat berkesan..Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan diharap guru-guru dapat memanfaatkan laman Frog VLE ini untuk melancarkan tugas-tugas seharian pada masa akan datang.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program.